Sunday, September 13, 2009

Relex Jap.... Dengar Lagu

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
( ulang dari mula )

Saturday, September 12, 2009

Makan tak kenyang, tido tak lena...

Sapa lak tu yang makan tak kenyang, tido tak lena.... Anaknya ke or ibunya.....
Tapi rasa2nya yang lebih2 ibunya kot... hehehe... maklumlah dah nak dekat setahun lebih dah tak balik kg.... rasa cam teruja gitu. Ditambah pula inilah kali pertama aku rasakan perasaan balik kampung berhari raya selama aku hidup 35 tahun ni.... excitednya. Barang2 semuanya dah siap pack dah.. cuma tunggu hari dan waktunya sahaja....
Insyallah dengan izinNya, kami seisi keluarga akan pulang berhari raya pada hari Khamis 17/09/09. Sedikit perubahan terpaksa dilakukan disebabkan cuti En. Leman telah dipendekkan. Aku dan anak2 terpaksa balik sendiri pada 19/10/09 nanti... Nekad je le, lagipun pada hari tu ramai gak kekawan dari Malaysia nak balik Yanbu.. Kita saing k...
Buat kekawan di Yanbu yang akan pulang ke Malaysia sepanjang minggu ini, marilah sama-sama kita berdoa semoga perjalanan kita nanti dilindungi Allah dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Insyallah.

Thursday, August 27, 2009

Gegaran Kecil

Kalau malam semalam kat luar umah petir n kilat sambar menyambar serta angin bertiup kencang, jap tadi ni tengah aku dok meniarap ngadap lap top kat tingkat bawah, terasa lak cam lantai kat umah ni bergegar gitu dalam beberapa saat. Panik jap aku, terus telepon hubby kat kilang. Dia pun cakap beberapa org member dia pun ada terasa gegaran itu... Mungkinkah ini gempa bumi yang pernah diwar-warkan akan berlaku dalam bulan Julai?
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dan keluargaku serta semua umat islam di Yanbu ini dari mala pertaka dan bencanamu. Amin

6 Ramadhan, 1430

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 kami umat islam di Bumi Anbia ini berpuasa. Tahun ini juga merupakan tahun ke 2 kami sekeluarga berpuasa di perantauan jauh dari kaum keluarga dan bazar ramadhan K.g Melayu. Sedih memang le sedih, tapi hidup mestilah diteruskan... tak gitu? Dengan rempah ratus yang dikirimkan oleh adik bongsu aku, dapatlah gak aku sediakan juadah berbuka puasa menu ala-ala Melayu gitu. Dok kat sini tak de pilihan, pandai ke tidak, kenalah masak... gi bazar Ramadhan kat sini, tak jumpa nyer popia basah, rojak asma ngan nasi ambang.. hukhukhuk.
Tahun ni juga merupakan tahun pertama Aina Alya belajar berpuasa. Dia yang request sendiri nak berpuasa, semuanya gara2 selalu tengok citer Upin n Ipin yg abah dia download kat Youtube. Bagus gak citer tu, mempengaruhi n memotivasikan anak aku yang sulung ni. Niat puasa dan doa berbuka pun dia dah hafal dah. Sahur lak senang gak nak kejutkan Alya bangun, tapi biasalah org tua pun kekadang makan sahur tertido2, apa lagi budak baru belajar cam Alya ni. Tersengguk2 dia nak ngabiskan nasi kat pinggan tu. Dalam pukul 3.00 petang gitu, Alya dah bising kelaparan. Suruh puasa separuh hari tak nak pulak, tak nak puasa cam Fizi dan Ehsan. Alya nak puasa cam Upin n Ipin... hehehe berpengaruh betul citer tu. Hari kedua, Alya mintak cuti puasa, tak larat katanya. Tapi hari2 seterusnya, Alya puasa tanpa banyak ragam... Alhamdulillah baru ponteng 1 hari je.
Walaupun puasa baru je masuk hari yang ke-6, mood nak balik kg dah terasa dah... Maklumlah dah setahun lebih tak balik Msia ni. Rasa2nya bukan kami sekeluarga je cam tu, ramai lg kot kat Yanbu ni tak sabar2 nak balik kg... Beg dah susun dah kat depan pintu. Tak begitu wahai kawan2 ku sekelian...
Kalau tahun lepas kami solat Aidifitri di Masjidil Haram Mekah, tahun ni kami nak solat Aidilfitri kat Masjid Sungai Tiram pulak. Insyallah jika diizinkan Allah s.w.t.


Makan sahur... mata pun cam susah je nak bukak ...

Nasib baik le belum start sekolah lagi, boleh le Alya dok melepak je sepanjang hari berpuasa ni.

Afia pulak dok leka tengok kartun Upin n Ipin.. Alamatnyer tahun depan dah hafal le niat puasa.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan




Selamat Menyambut Ramadhan

Al- Mubarak


Buat
Suami & Anak-Anak Tersayang,
Abah & Mak,
Adik Beradik & Ipar Duai
Dan Semua Keluarga Di mana Jua Berada
Juga Buat
Sahabat Handai Yang Mengenali Diri Ini
Di Tanahair Mahupun Di Tanah Arab
Dan Sahabat Mayaku Sekelian.
Sempena tibanya bulan Ramadhan esok,
saya menyusun sepuluh jari memohon maaf
jika ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak disengaja mahupun yang disengaja,
terkasar bahasa,
tergelak, terhina dan terkutuk,
baik di depan mahupun di belakang,
halalkan termakan terminum.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk ,
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Berjumpa dihari raya nanti…..
Insyallah





Wednesday, August 19, 2009

Meniarap dah...

Melangkah setapak lagi..... Alhamdulillah berkat kerja keras tanpa putus asa 4 hari lepas Afia dah pandai meniarap dah. Agaknya dah boring asyik dok baring je, 2-3 hari training terus pandai dah.... Lepas ni belajar merangkak pulaklah ya. Bila dah pandai meniarap ni tak boleh le letak kat atas katil sorang-sorang n tak boleh le lepa2 lagi.. Kena beri perhatian lebih ni.
Rasa cam puas hati lak bila dapat lihat perkembangan anak-anak kat depan mata sendiri. Maklumlah masa Alya kecik dulu banyak masa dia ngan atok n nenek je sebab aku keja. Sebab tu le manja giler ngan mereka.. Afia lak tak kenal malah tak jumpa lagi atok n nenek. Cian Afia... Tak pe tak pe, tak lama lagi ibu n abah bawak Afia jumpa atuk n nenek kat Msia k.
Malaysia tunggu kepulangan kami..... (semangat sih, walaupun dah dekat 70 org meninggal dunia akibat H1N1 di Msia. Semoga Allah melindungi aku n keluarga ku. Amin).

Cara2 belajar meniarap
(Buat kekawan Afia yg baru nak belajar),


Step 1 - Terlentang dulu n pandang camera.

Step 2 - Mengiringkan badan mcm ni.


Step 3 - Pusingkan muka n naikkan punggung ke atas.

Step 4 - Terbalikkan keseluruhan badan.


Step 5 - Angkat muka dan adjust sikit tangan tu utk menampung kepala n badan.


Inilah hasilnya. Meniarap ngan bergaya sekali. Sambil2 tu tangan n kaki ngesot2 le ke depan sikit.

Bila dah penat letak le kepala tu jap kat tilam.

Isap jari n tido dulu... Nanti sambung training k.


Masuk umur 4 bulan semalam, Afia dah pandai meniarap dah. Lepas ni belajar merangkak lak.

Akak Alya yang tengah boring tahap gaban sebab tak sekolah2 lagi.... teman yang paling setia sekali ngan Afia.

Friday, August 7, 2009

Doa & Ucapan


Selamat Hari Jadi

yang ke 60

buat Bonda Tersayang

Pn. Maziah Bte Hj. Mohd Din

Pada hari ini 07/08/2009

Doa kami semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk mak terus beribadat kepada Allah s.w.t.


Juga

Semoga Cepat Sembuh

buat Atok tersayang

Hj. Mohd Din bin Hj. Abbas
yang menjalani pemedahan usus pada hari ini
di Hospital Abdul. Samad, Johor Bahru
Doa kami semoga atok kuat menghadapai dugaan yang didatangkan oleh Allah s.w.t dan dipanjangkan umurnya. Bersabar dan bertawakal selalu. Mudah-mudahan pemedahan itu berjaya. Insyallah.

Panjang umur jumpa kita di hari lembaran nanti.

Insyallah...


p/s: terima kasih kat Alin yang bersusah payah cari umah n hantar cupcake kat umah mak. Semoga business cake Alin success. Amin. Pada kekawan yang nak order cake bolehlah lawati blog beliau di http://www.delicioushalalcake.blogspot.com/ Kat situ ada sample n contact no. beliau.

p/s: semasa posting ini di tulis, atok telah selamat menjalani pemedahan ususnya. Mendengar suara atok yang ceria dari corong telepon tadi rasa lega sikit hati ini... Syukur kepada Allah s.w.t. Kalau boleh nak terbang balik Malaya skg ni, tp apakan daya tak confidence lagi nak balik 3 beranak aje...

Tuesday, August 4, 2009

Ziarah ke Madinah

Syukur dengan izin Allah s.w.t, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, sekali lagi kami sekeluarga dapat berkunjung ke Madinah pada hari Ahad & Isnin yang lalu. Sudah tentunya ziarah kami pada kali ini bersama dengan ahli keluarga baru iaitu Aina Afia. Alhamdulillah rezeki anak-anak aku agaknya, kecik-kecik lagi dah dapat jejakkan kaki kat tanah haram ini.
Agak2 3-4 bulan gak aku tak ke sana kerana sarat mengandung n berpantang, so bila hubby ajak menziarahi Madinah rasa teruja gitu, especially nak solat kat dalam Masjid Nabawi & masuk ke raudah. Rasa rinduuuu sangat. Inilah salah satu keistimewaan tinggal di tanah gersang milik penciptaNya. Sangat dekat ngan tanah haram, Mekah & Madinah.
Mungkin kali ini kami pergi pada hari bekerja di Saudi , so agak mudah untuk mendapatkan hotel yang agak dekat dengan Masjid dengan harga yang berpatutan. Kami suami isteri terpaksalah bergilir2 ke masjid kerana menjaga Afia kat Hotel. Bukan tak nak bawak Afia ke masjid tapi kami tak mahu dia terlalu terdedah ngan cuaca yg tersangat panas, lagipun takut gak aku ngan wabak H1N1 yg tengah mengganas sekarang ni. Peluang nak masuk ke raudah pun banyak juga tapi aku pasang niat cukuplah sekali sahaja, memandangkan ramai jemaah yang nak masuk dan aku terpaksa berhimpit2 semasa hendak mengerjakan solat sunat kat dalam raudah tu. Takut gak aku ngan penyakit tu.... Perpatah melayu ada berkata " Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". kan... kan...kan...
Sebelum balik ke Yanbu sempatlah gak kami singgah kat Masjid Qiblatain, Jarir Book store n Kilang membuat al-quran (tapi tak dapat masuk sebab kami sampai lepas office hour... tutup daa). Anyway, thanks En. Leman kerana membawa kami ke kota Madinah. Lepas ni bawak kami balik Malaysia pulak ye... dah rinduuuuuuu sangat....
Pemandangan di luar Masjid Nabawi. Payung2 gergasi telah dipasang mungkin kerana cuaca yang terlalu panas sekarang ni.


Salah satu pintu untuk ke makam Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana Alya tak dapat ikut aku masuk ke dlm raudah kerana dilarang oleh petugasnyer, so abah ajak Alya gi makam nabi n raudah ikut pintu lelaki... untungnya Alya... jealous ibu.




Antara pintu-pintu untuk memasuki Masjid Nabawi. Emas tulin ke tu....?

Alya n Afia di luar Masjid Nabawi. Sekarang ni undang2 cam makin ketat je. Ibu2 yg bawak anak2 boleh masuk sampai kat ruangan pertama je, tak leh masuk dalam2... ciannyer.

Membelakangkan kubah hijau dimana letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w & kawasan raudah.

Pasar longgok kat luar kawasan Masjid Nabawi. Macam2 ada. On the way balik hotel sempat gaklah aku singgah kat kedai tu sambar beberapa helai jubah dan cenderamata untuk bawak balik kg...

Bilik hotel Feroz yang sangat selesa. SR200.00 aje semalam. Letaknya kat belakang Madinah Hilton. Kalau malas nak turun makan, order je dari bilik.... tapi yang pasti En. Leman tetap pergi ke restaurant KFC nyer.

Tuesday, July 21, 2009

Patutlah.....

Patutlah rasa cam lama tak jumpa mak, abah dan family semua. Patutlah rasa cam lama tak bawak kereta laju2. Patutlah rasa cam lama tak tengok hujan. Patutlah rasa cam lama tak makan kueh tiew kerang Mak Anjang aku yang sedap tu. Patutlah rasa cam lama tak makan durian. Rupa-rupanya dah setahun dah aku n Alya dok merantau kat negara orang menemani En. Leman yang berkerja kat bumi Anbia ni...


Setahun yang lalu, disaat meninggalkan keluarga tercinta di Senai Airport.


Rumahku Syurgaku... Dah setahun dah rumah ni ditinggalkan dibawah jagaan adik aku.

Mother day tahun lalu. Rindu le kat korang semua n makanan kat atas meja tu.

Apa perasaan aku bila dok merantau ni?
Bak kata perpatah melayu " Hujan emas kat negara orang, hujan batu kat negara sendiri. Best lagi kat negara sendiri"... Oleh kerana Yanbu ni letaknya kat negara islam dan mengamalkan cara hidup islam, so tak banyaklah masalah yang timbul especially dalam bab2 makan minum n ibadah kami. Tapi yang pasti perasaan rindu tu sentiasa le ada. Rindu kat semua yang ada kat Malaysia especially family n makanannya yang pelbagai jenis dan rasa. Mana tak rindu, dah 34 tahun aku hidup tak pernah berenggang ngan family dalam suasana kehidupan, budaya dan makanan Malaysia tetiba bila sampai sini semuanya kena tukar baik dari segi imej, kehidupan, budaya, makanan dan cuacanya...



Rindu sangat ngan makanan kat Msia especially buah durian ni. Agak2 balik raya nanti bebuah tak pokok durian kat kebun atok tu.....

Apa yang aku dah achieve sepanjang setahun dok kat bumi Anbia ni?

1) Telah menyatukan kembali keluarga kami yang telah terpisah selama 3 bulan. (Tak sanggup rasanya aku tunggu lama2 dok mengadap Alya yang asyik demam ingatkan Abah dia).


Demam rindu kat abah dia. Tu kain pelikat abah buat tido malam....


Bertemu setelah 3 bulan berpisah. Macam belangkas tak boleh berenggang langsung.

2) Semakin pandai memasak pelbagai jenis masakan especially makanan kegemaran family aku. Ini diakui sendiri oleh En. Leman bila dia makan sambal goreng yang aku masak. (dok kat sini malas ke rajin ke, pandai ke tak pandai ke kenalah gi dapor masak. Kalau tak makan roti ngan kari arab je le...)


Sambal goreng versi Yanbu kegemaran En. Leman. Nampak cam mudah je nak buat. Tapi kalau salah skill, abis hancur tahu, tempe n kentang nyer.... nasib baik le dah belajar dengan yang pakar sebelum aku ke mari.


3) Semakin terserlah penampilanku dengan imej muslimahnya. Tak de rock2 lagi dah. (Dok kat sini, suka atau tidak bila kuar umah kena pakai jubah n tudung colour hitam).


Bersama kekawan sedang mengayakan busana muslimah di tepi kolam renang. Alhamdulillah berhijrah kepada yang lebih baik...


4) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjidil Haram di Mekah n buat umrah.

5) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjid Nabawi di Madinah dan mengunjungi makam Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

6) Dah dapat mengerjakan rukun islam kelima iaitu haji di Mekah bersama-sama ngan En. Leman n Alya pada bulan Disember tahun lalu. (masa tu pregnant 4 bulan).

7) Dah dapat sorang lagi baby girl dengan lahirnya Aina Afia pada 18/4/09 yang lalu. ( Yang ini aku anggap bonus dari Allah s.w.t kerana memakbulkan doa aku dihadapan kaabah semasa umrah pertamaku).

Apa yang aku tak boleh buat sepanjang dok kat sini?

Tak boleh bawak kereta walau seminit pun. Kalau tak silap2 tido balai polis le.... Ini undang2 Arab Saudi, org pompuan tak boleh bawak keta nanti kena buli ngan mat arab yang bawak keta ngan ganasnya. (Hai dah mengigil dah tangan ni gian nak bawak kereta. Balik Msia nanti tak tau le pandai lagi tak aku bawak keta. Kalau tak kenalah upah sorang driver ....)

Dah setahun dok di perantauan ni, apa lagi ek yang aku nak?

Nak balik Malaysiaaaaaaaaaaaaaa.


Saturday, July 18, 2009

Kesayangan kami

Anak bertuah kesayangan abah, ibu n akak Alya ni rupa2nya dah 3 bulan dah hari ni. mmmm.... macam cepat ek masa ni berjalan. Patut le banyak baju yang dah tak muat dah, kena ganti baru. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan ni tak banyak ragam dan masalah menjaga Afia ni, may be dia tau ibu dia tak expert sangat jaga dia...huhuhu....

Anak abah. Manja betul ngan abah dia. Belum sempat abah tukar baju dah nak mintak dukung dah..... mmmmm... sukanyer ibu mereka,


Memperagakan baju baru, ala-ala skirt gitu.. Baru le nampak cam awek anak ibu sorang ni.


Akak Alya cam tak puas hati gitu... apasal adik dia je yang beli baju baru, dia tak pulak. Ala-ala jealous le tu. Ok le nanti kita ajak abah gi shopping baju raya..... Raya.....lum posa dah sibuk raya hehehe.


Kussss semangat dah beso dah anak ibu sorang ni... minum susu unta ke?


Baju 12 bulan. Besarnya....lum sesuai lagi untuk Afia pakai. Tu yang Afia cam tak suka je.


Afia, kesayangan akak Alya. Sambil makan roti canai sempat gak jaga adik dia. Sekarang ni tengah school holiday so banyak le masa kak Alya main ngan adik.