Saturday, October 15, 2011

Ziarah Pak Lang n Mak Lang di Madinah


Alhamdulillah, Pak Lang Hanafi dan Mak Lang Zaidah adalah diantara jemaah haji yg telah dipilih menjadi tetamu Agung Allah s.w.t pada tahun ini. Mereka telah selamat tiba di Kota suci Madinah pada 7hb Oktober 2011.
Pada hari Rabu yg lalu, kami telah berkesempatan menziarahi mereka di Madinah selama 3 hari 2 malam. Ini menambahkan lg kenangan2 manis kami di Madinah selepas pertemuan dgn Pak Ngah Kalid n Mak Ngah, Pak Uda Hamzah n Mak Uda dan Mak Abah... Sesungguhnya Kota suci Madinah ini telah terpotret kenangan2 indah bersama dengan sebahagian keluarga tersayang :) Doa kami panjatkan semoga di tahun2 akan datang akan ada ramai lg saudara mara sahabat handai yg berkunjung tiba di sini... :)
Insyallah hari ini Pak Lang n Mak Lang akan berangkat ke Kota suci Mekah bagi menyempurnakan ibadat haji mereka. Semoga mereka selamat sampai serta dipermudahkan semua ibadat haji mereka. Dan dianugerahkan dengan haji yg mabrur. Insyallah Amin :)



Antara potret kenangan indah kami bersama mereka.... ( menambahkan lg koleksi potret bersama keluarga tercinta di Kota Suci Madinah ini)




Pak Lang Hanafi dan Mak Lang Zaidah di Madinah




Bertemu dengan mereka di dataran Masjid Nabawi pd hari Rabu mlm selepas isyak

Berlantarbelakangkan Masjid Nabawi selepas solat isyak

Alhamdulillah kegembiraan terpancar selepas ditakdirkan bertemu di Kota Madinah

Kipas2 air ini telah dipasang di setiap tiang di luar masjid, membuatkan persekitaran masjid sentiasa dingin :)

Dapat bersolat bersama2 dgn Mak Lang di Masjid Nabawi.



Kenangan indah yg tak dpt dilupakan :)


Tak dpt ke rumah, kami jemput Pak Lang n Mak Lang ke bilik hotel kami aje.. Jamu mereka dgn Nasi impit bersama rendang, nasi arab bersama kari kambing..:)



Pak Lang nak ubah selera, nak makan nasi arab lak...


Macam ni lah rupanya rumah2 di arab ni....



Persekitaran Kota Madinah. View dr bilik hotel Pak Lang.



Abaya colour2. Ada sapa2 mau order..

Lepak2, minum2, borak2 selepas shopping dan sebelum berpisah.. :(



At Taiba shopping complex. Ada le shopping sikit2...


Akak dan Adik menunggu solat Jumaat sebelum berangkat pulang ke rumah.


No comments: