1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.
Bagaimana pula hukum memakai inai yg berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dgn mengukir ala tatu di tangan berupa awan lara.
Dari Ibnu Umar r.a katanya "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." (hadith bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r a Nabi s.a.w bersabda : "Allah megutuk wanita ygang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" (hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari).
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : "Inai berukir ala tatu tidak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan lara atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. :)
Sunday, October 23, 2011
Hukum memakai inai lelaki dan perempuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment