- Meninggalkan sembahyang atau solat lebih besar dosanya dari perkara-perkara yang lain. Diriwayatkan ada seorang wanita datang berjumpa Nabi Allah Musa as. merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah swt. mengampunkan kesalahan dan dosanya yang lalu. Nabi Allah Musa as. bertanya apakah dosa itu. Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain dan apabila telah melahirkan anak ia membunuhnya.
Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.
Tuesday, October 18, 2011
Dosa tinggalkan solat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment