Tuesday, July 21, 2009

Patutlah.....

Patutlah rasa cam lama tak jumpa mak, abah dan family semua. Patutlah rasa cam lama tak bawak kereta laju2. Patutlah rasa cam lama tak tengok hujan. Patutlah rasa cam lama tak makan kueh tiew kerang Mak Anjang aku yang sedap tu. Patutlah rasa cam lama tak makan durian. Rupa-rupanya dah setahun dah aku n Alya dok merantau kat negara orang menemani En. Leman yang berkerja kat bumi Anbia ni...


Setahun yang lalu, disaat meninggalkan keluarga tercinta di Senai Airport.


Rumahku Syurgaku... Dah setahun dah rumah ni ditinggalkan dibawah jagaan adik aku.

Mother day tahun lalu. Rindu le kat korang semua n makanan kat atas meja tu.

Apa perasaan aku bila dok merantau ni?
Bak kata perpatah melayu " Hujan emas kat negara orang, hujan batu kat negara sendiri. Best lagi kat negara sendiri"... Oleh kerana Yanbu ni letaknya kat negara islam dan mengamalkan cara hidup islam, so tak banyaklah masalah yang timbul especially dalam bab2 makan minum n ibadah kami. Tapi yang pasti perasaan rindu tu sentiasa le ada. Rindu kat semua yang ada kat Malaysia especially family n makanannya yang pelbagai jenis dan rasa. Mana tak rindu, dah 34 tahun aku hidup tak pernah berenggang ngan family dalam suasana kehidupan, budaya dan makanan Malaysia tetiba bila sampai sini semuanya kena tukar baik dari segi imej, kehidupan, budaya, makanan dan cuacanya...



Rindu sangat ngan makanan kat Msia especially buah durian ni. Agak2 balik raya nanti bebuah tak pokok durian kat kebun atok tu.....

Apa yang aku dah achieve sepanjang setahun dok kat bumi Anbia ni?

1) Telah menyatukan kembali keluarga kami yang telah terpisah selama 3 bulan. (Tak sanggup rasanya aku tunggu lama2 dok mengadap Alya yang asyik demam ingatkan Abah dia).


Demam rindu kat abah dia. Tu kain pelikat abah buat tido malam....


Bertemu setelah 3 bulan berpisah. Macam belangkas tak boleh berenggang langsung.

2) Semakin pandai memasak pelbagai jenis masakan especially makanan kegemaran family aku. Ini diakui sendiri oleh En. Leman bila dia makan sambal goreng yang aku masak. (dok kat sini malas ke rajin ke, pandai ke tak pandai ke kenalah gi dapor masak. Kalau tak makan roti ngan kari arab je le...)


Sambal goreng versi Yanbu kegemaran En. Leman. Nampak cam mudah je nak buat. Tapi kalau salah skill, abis hancur tahu, tempe n kentang nyer.... nasib baik le dah belajar dengan yang pakar sebelum aku ke mari.


3) Semakin terserlah penampilanku dengan imej muslimahnya. Tak de rock2 lagi dah. (Dok kat sini, suka atau tidak bila kuar umah kena pakai jubah n tudung colour hitam).


Bersama kekawan sedang mengayakan busana muslimah di tepi kolam renang. Alhamdulillah berhijrah kepada yang lebih baik...


4) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjidil Haram di Mekah n buat umrah.

5) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjid Nabawi di Madinah dan mengunjungi makam Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

6) Dah dapat mengerjakan rukun islam kelima iaitu haji di Mekah bersama-sama ngan En. Leman n Alya pada bulan Disember tahun lalu. (masa tu pregnant 4 bulan).

7) Dah dapat sorang lagi baby girl dengan lahirnya Aina Afia pada 18/4/09 yang lalu. ( Yang ini aku anggap bonus dari Allah s.w.t kerana memakbulkan doa aku dihadapan kaabah semasa umrah pertamaku).

Apa yang aku tak boleh buat sepanjang dok kat sini?

Tak boleh bawak kereta walau seminit pun. Kalau tak silap2 tido balai polis le.... Ini undang2 Arab Saudi, org pompuan tak boleh bawak keta nanti kena buli ngan mat arab yang bawak keta ngan ganasnya. (Hai dah mengigil dah tangan ni gian nak bawak kereta. Balik Msia nanti tak tau le pandai lagi tak aku bawak keta. Kalau tak kenalah upah sorang driver ....)

Dah setahun dok di perantauan ni, apa lagi ek yang aku nak?

Nak balik Malaysiaaaaaaaaaaaaaa.


Saturday, July 18, 2009

Kesayangan kami

Anak bertuah kesayangan abah, ibu n akak Alya ni rupa2nya dah 3 bulan dah hari ni. mmmm.... macam cepat ek masa ni berjalan. Patut le banyak baju yang dah tak muat dah, kena ganti baru. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan ni tak banyak ragam dan masalah menjaga Afia ni, may be dia tau ibu dia tak expert sangat jaga dia...huhuhu....

Anak abah. Manja betul ngan abah dia. Belum sempat abah tukar baju dah nak mintak dukung dah..... mmmmm... sukanyer ibu mereka,


Memperagakan baju baru, ala-ala skirt gitu.. Baru le nampak cam awek anak ibu sorang ni.


Akak Alya cam tak puas hati gitu... apasal adik dia je yang beli baju baru, dia tak pulak. Ala-ala jealous le tu. Ok le nanti kita ajak abah gi shopping baju raya..... Raya.....lum posa dah sibuk raya hehehe.


Kussss semangat dah beso dah anak ibu sorang ni... minum susu unta ke?


Baju 12 bulan. Besarnya....lum sesuai lagi untuk Afia pakai. Tu yang Afia cam tak suka je.


Afia, kesayangan akak Alya. Sambil makan roti canai sempat gak jaga adik dia. Sekarang ni tengah school holiday so banyak le masa kak Alya main ngan adik.

Monday, July 13, 2009

Relex Jap

Sementara Afia tido ni, relex japlah. Jom layan gambo yang di email oleh bakal adik ipar aku, Gee (nama singkatannya). Comelnya haiwan-haiwan ni. Kalau di masa akan datang haiwan yg buat keja2 ni, manusia nak buat keja apa pulak ek?



















Friday, July 10, 2009

Sayonara

Memang lumrah kehidupan ini wahai anakku, Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahaannya. Jadi terpaksalah kita menerimanya. Petang tadi kami ke Yanbu airport menghantar classmate Alya, Farhana dan keluarganya yang berpindah pulang ke Singapura kerana ibunya telah menamatkan perkhidmatannya sebagai lecturer di Yanbu Collegue. Dalam perjalanan pulang selepas menghantar kawannya sekeluarga, tetiba aku terperasan Alya menangis kat belakang... ditanya ngapa, sedih katanya sebab kawan sekolahnya dah tak de, dah balik singapura... Insyallah panjang umur, korang jumpalah lagi nanti, maybe kat universiti pulak.


Gambar kenangan ngan ex-classmatenya, Farhana sebelum bertolak ke Yanbu Airport.

Kurang dah teman sepermainan Alya kat Yanbu ni....


Insyallah Kak Ju nanti kita jumpa kat Tambak Johor pulak ok..... Semoga Kak Ju dan keluarga selamat sampai ke tanahair bertemu dengan orang-orang yang tersayang.

LABAIKALLAH HUMALABAIK

Dengan izin Allah s.w.t, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik dapatlah sekali lagi kami sekeluarga ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah pada petang Rabu yang lalu. Rasa-rasanya nak dekat 3-4 bulan dah kami tak ke Mekah disebabkan aku sarat mengandung dan berpantang. Rasa rindu ni memang dah membuak-buak dah..... Kalau sebelum ini kami pergi bertiga tapi kali ini berempatlah pula. Ini merupakan umrah yang pertama buat Aina Afia dan Alhamdulillah Afia tidak banyak ragam semasa kami bertawaf n bersaie, cuma merengek sikit2 je sebab masa tidurnya diganggu. Oleh kerana kami mula mengerjakan umrah pada pukul 1.00 pagi hari Khamisnya so cuaca tidaklah terasa begitu panas dan para jemaah pun taklah ramai sangat. Alhamdulillah kami siap bertahlul tanda sempurnanya umrah kami lebih kurang pukul 3.00 pagi.

En. Leman dan puteri2nya di depan Kaabah.


Alhamdulillah tertunai sudah hajat dihati untuk membawa puteri keduaku mengerjakan umrah.

Afia dan abahnya semasa bersaie. Hairan agaknya dia sebab selalunya pukul 1.00 - 2.00 pagi ni disuruhnya tido tapi ngapa dibawak jalan2 ni.


Dah ngantuk sangat le tu... tak sempat habis saie dah tertido kat dalam kereta sorong.


Kita minum dulu.....

Lepak kat Masjidil Haram. Akak Alya kena jaga adik semasa ibu n abah solat sunat tawaf n asar selepas tawaf wida. Semasa solat subuh dan zohor, kami suami isteri terpaksa bergilir2 ke Masjidilharam sebab tak nak menganggu tido Afia lagipun hotel kami dekat je ngan masjid.

Masa aku mula solat asar tetiba Afia bangun n nangis dengan kuat nyer. Masuk raakat kedua mak arab kat sebelah aku amik n dukung Afia semasa dia tengah solat. Habis sampai termasuk2 dalam jubah mak arab tu masa dia sujud. Tu yg muka cam terkejut je. Cian Afia..... Mak2 arab kat sini memang pandai betul solat sambil dodoikan anak. Kalau cam ni aku kena praktis kat umah ni.

Saturday, July 4, 2009