Monday, June 29, 2009

Saya Anak Malaysia...

Alhamdulillah akhirnya Aina Afia telah selamat didaftarkan kelahirannya di Konsulat Malaysia di Jedah pada hari Sabtu lepas. Dokument-dokument penting seperti surat beranak dan pasport telah kami perolehi pada keesokkan harinya dengan bantuan staff yang bertugas. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Dapat dah kewarganegaraan Malaysia anak aku yang sorang ni. Baru le boleh Afia nyanyi lagi ni "Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia." hehehe..... Diharap berbangga le dia menjadi anak Malaysia bila dewasa kelak.
Bila surat beranak dan pasport Afia dah ada dalam simpanan barulah lega rasanya. Kalau tak bimbang je. Maklumlah tiket kapal terbang nak balik Malaysia dah beli dah... huhuhu tak sabo rasanya nak balik Kg.. Nak balik Msia, nak balik Msia... (apa agaknya mama bungas n family tengah buat skg ni kat Msia ek.... jealous nyer).


Bangunan Konsulat Malaysia di Jedah. Rindu gitu ngan tanahairku bila terpandang bendera Malaysia yang berkibar tu. huhuhu.... nak balik Msia, nak balik Msia.....

Lambang rasmi kerajaan Malaysia. Kat depan pagar Konsulat Malaysia di Jedah.


Bila pasport dan surat beranak Afia dah siap baru le lega rasanya.... dapatlah kami balik Malaysia hari raya nanti...insyallah.


Urusan rasmi hanya dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum tu hari Khamis n Jumaatnya kami lakukan urusan tak rasmi dulu seperti ronda-ronda, makan-makan n shopping-shopping.... bayar utang untuk 2 bulan....hehehe


Happy nyer 3 beranak ni dapat jalan2 setelah menjalani perintah berkurung selama 2 bulan... Alhamdulillah Afia tak banyak ragamnya first time jalan jauh ni.

Terjumpa Chinese seafood restaurant ni kat sebelah baskin robin Jalan Andalus. Sedap gak makanan kat sini. So, cancel le pergi Asia restaurant.


Restaurant nilah yang mula-mula sekali En. Leman cari setibanya di Jedah. Akhirnya terjumpa gak kat City Center. Tercapailah hajat nak makan KFC yang tak de kat Yanbu ni.

Semasa kami sampai kat Bin Dawood nak masuk solat Isyak so kena tunggu Pak Guard n saleman solat dulu le kat depan mall ni ... Pemandangan cam ni memang tak asing lagi buat kami di sini.



Pilih jangan tak pilih nanti abah tolong bayarkan..... hehehe. Inilah salah satu urusan tak rasmi kat Jedah. Shopping n shopping.


Alya kat Jarir book store. Tengah pilih buku. Suka le tu dapat hadiah buku dari abah dia.


Afia pulak sukanya main ngan soft toy barunya. Alhamdulillah Afia tak banyak ragam sepanjang kami di Jedah. Kalau cam ni boleh le ajak abah jalan2 lagi...

No comments: