Hari ni genaplah 2 bulan usia Afia dan rasanya dah 2-3 minggu dah aku habis berpantang... Yahooo!!! merdeka, merdeka, merdeka.
Berpantang kat sini !!!!! Bolehlah gak tapi tak samalah berpantang semasa melahirkan Alya dulu. Masa tu duduk umah mak, sampai 2 bulan gitu mak jaga aku n Alya. Semua tak boleh buat, naik manja le masa tu. Tapi kat sini lepas seminggu berpantang aku dah buat kerja2 ringan dan lepas sebulan berpantang dah mula singsing lengan bersilat satu rumah. Hehehe.... kalau tak kemas, sakit lak mata ni tengok. Lagi pun rumah kena sapu gak kalau tak berhabuk, nanti Alya n Afia asyik bersin je. Alhamdulillah sepanjang berpantang En. Leman n Kak Alya banyak membantu especially pada minggu-minggu awal kelahiran Afia. Terima kasih bebanyak abah n akak. Nanti ibu kasi reward k.
Bab makan lak pantanglah juga tapi taklah stright sangat sebab aku yang memasaknya so ikut sedap anak tekak aku le. hehehe..... Tapi yang pasti masih kategori makanan orang berpantang.
Bila dah habis berpantang, mulalah mereka-reka nak makan macam-macam dan mulalah mereka-reka nak gi jejalan. Tak dapat outstation, keliling Yanbu pun jadi le... Bukan apa, boring sih asyik dok umah je. Dan minggu lepas aku tak melepaskan peluang joint kelas memasak kat umah Pn. Yann. Menu malam tu ialah Mee jawa. Selain belajar masak-masak, dapat borak-borak ngan kekawan yang dah lama tak jumpa dan dapat gak makan-makan.... Macam biasa kat atas meja penuh dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah dan juga yang dibawa oleh kekawan. mmmmm..... semuanya sedap-sedap belaka. Afia lak malam tu asyik tido je dipangkuan Untie Linda, so ibu dia apa lagi bayar utang le....hehehe.
Makan kat Sangri-La restorant lepas habis pantang.
Afia lena dipangkuan Untie Linda semasa kelas memasak. So, ibu dia apa lagi makan dan makan dan makan leee. Gambar copy dari blog Pn. Ema (Ruang Rindu).
Kemeriahaan kelas memasak di rumah Pn. Yann (Harum Cempaka). Lepas ni kelas memasak break 2-3 bulan. Ramai kekawan balik kg sebab sekarang ni cuti sekolah. They all balik kg mana ye? Mana lagi balik Malaysia le.... Nak ikuttttttttttttt........... Gambar copy dari blog Pn. Mar (Pelangi Jingga)
Lauk orang abis pantang - Asam Pedas Kepala Ikan. Pulak tu baru dapat buah tangan daun kesum dan bunga kantan dari member yang baru balik dr Msia. TQ friend. mmmm.... makan sehingga menjilat jari le...
p/s: Tamatlah sudah episod mengandung, melahirkan dan berpantang. Dan bermulalah episod membesarkan kedua-dua permata hatiku ini. Semoga menjadi anak-anak yang solehah insyallah.
2 comments:
wah..wah..sangat seronok bunyinya org dah merdeka dari berpantang yer..hehe..kak mas, nti boleh la passing resepi berpantang tu ek krn selepas ini giliran ku pula..hehe
tahniah di atas kehamilan 2nd baby ni. Harap ibu n baby kat dlm 2 sihat walafiat. bila ye due nyer?
boleh2 nanti akak share menu berpantang 2 k.
Post a Comment