Tuesday, June 2, 2009

Danga Bay di Yanbu

Ngapa aku panggil tempat aku pergi semalam macam Danga Bay kat JB tu. Pertama sebab tempat tu kat tepi laut (tapi ni bukan laut Lido tapi laut Balad). Kedua kat tempat tu ada fun fair dan ada jual permainan yang berlampu cam kat Danga Bay. Dan ketiga kat tempat tu ada khemah-khemah menjual pelbagai barang antaranya baju, beg, barang perhiasaan diri, buku, perabot ala-ala antik, manisan, makanan dan macam-macam lagi lah. Cuma kat situ tak de keretapi pusing-pusing pantai le.... Anyway rasalah gak feel cam kat Danga Bay...huhuhu

Dah 2-3 hari dah aku dengar pasal kewujudan tempat tu tapi baru semalam berkesempatan pergi. Itu pun setelah aku lihat wajah hensem hubby aku sebelum maghrib, kalau lepas maghrib cian lak nak ajak, takut penat baru balik keje. Aku dengar khemah jualan tu sampai minggu ni sahaja lepas tu pindah kat tempat lain. So kepada semua penduduk Yanbu especially suri-suri rumah yg belum pergi tu, apa tunggu lagi malam ni gak pergi. Selain dapat mencuci mata yang berabuk dok kena asap dapor je, boleh gak beli abaya dari Egypt yang berwarna-warni. Cantik-cantik belaka. Boleh bawak balik kampung. Tempatnya di Pinggir Laut Balad selepas Pasar Ikan (kalau nampak ada fun fair dan khemah-khemah tulah tempatnya).

Antara gerai-gerai kat dalam Khemah tu.

Baju amoi pun ada....

Dulu kalau ibu shopping abah kena jaga Alya sorang. Sekarang kena jaga Alya n Afia lah pulak ye. Nasib baik semalam Afia cool je tak ngamuk so dapatlah ibu cuci mata bersih-bersih.


Cam kenal je Mak Cik ni.... Sorang je ke tak bawak bodyguard?

Sempat gak sambar abaya Egypt ni... Cantik sangat

1 comment:

LYNN said...

Salam Mas, tak per l.. kalau dpt ballik Mesia akak pi jer lah Tiram Mall..