Monday, June 29, 2009

Saya Anak Malaysia...

Alhamdulillah akhirnya Aina Afia telah selamat didaftarkan kelahirannya di Konsulat Malaysia di Jedah pada hari Sabtu lepas. Dokument-dokument penting seperti surat beranak dan pasport telah kami perolehi pada keesokkan harinya dengan bantuan staff yang bertugas. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Dapat dah kewarganegaraan Malaysia anak aku yang sorang ni. Baru le boleh Afia nyanyi lagi ni "Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia." hehehe..... Diharap berbangga le dia menjadi anak Malaysia bila dewasa kelak.
Bila surat beranak dan pasport Afia dah ada dalam simpanan barulah lega rasanya. Kalau tak bimbang je. Maklumlah tiket kapal terbang nak balik Malaysia dah beli dah... huhuhu tak sabo rasanya nak balik Kg.. Nak balik Msia, nak balik Msia... (apa agaknya mama bungas n family tengah buat skg ni kat Msia ek.... jealous nyer).


Bangunan Konsulat Malaysia di Jedah. Rindu gitu ngan tanahairku bila terpandang bendera Malaysia yang berkibar tu. huhuhu.... nak balik Msia, nak balik Msia.....

Lambang rasmi kerajaan Malaysia. Kat depan pagar Konsulat Malaysia di Jedah.


Bila pasport dan surat beranak Afia dah siap baru le lega rasanya.... dapatlah kami balik Malaysia hari raya nanti...insyallah.


Urusan rasmi hanya dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum tu hari Khamis n Jumaatnya kami lakukan urusan tak rasmi dulu seperti ronda-ronda, makan-makan n shopping-shopping.... bayar utang untuk 2 bulan....hehehe


Happy nyer 3 beranak ni dapat jalan2 setelah menjalani perintah berkurung selama 2 bulan... Alhamdulillah Afia tak banyak ragamnya first time jalan jauh ni.

Terjumpa Chinese seafood restaurant ni kat sebelah baskin robin Jalan Andalus. Sedap gak makanan kat sini. So, cancel le pergi Asia restaurant.


Restaurant nilah yang mula-mula sekali En. Leman cari setibanya di Jedah. Akhirnya terjumpa gak kat City Center. Tercapailah hajat nak makan KFC yang tak de kat Yanbu ni.

Semasa kami sampai kat Bin Dawood nak masuk solat Isyak so kena tunggu Pak Guard n saleman solat dulu le kat depan mall ni ... Pemandangan cam ni memang tak asing lagi buat kami di sini.



Pilih jangan tak pilih nanti abah tolong bayarkan..... hehehe. Inilah salah satu urusan tak rasmi kat Jedah. Shopping n shopping.


Alya kat Jarir book store. Tengah pilih buku. Suka le tu dapat hadiah buku dari abah dia.


Afia pulak sukanya main ngan soft toy barunya. Alhamdulillah Afia tak banyak ragam sepanjang kami di Jedah. Kalau cam ni boleh le ajak abah jalan2 lagi...

Saturday, June 20, 2009

Beriadah.

Alya n Afia beriadah kat Taman RC.

Sukanyer Kak Alya dapat main basikal kat taman setelah 2 bulan dok kayuh basikal keliling meja makan je...huhuhu

Adik tolong jagakan bakul bekalan Kakak tau. Jangan sampai burung curi makan.... Akak nak gi main basikal jap.

En. Leman bersama puteri-puterinya bersiar-siar mengelilingi taman. Ni dah masuk pusingan keberapa ni?

Afia masih tak biasa ngan angin yang bertiup kat muka dia... Tak boleh nak bukak mata beso-beso gitu.

Bila dah lama kena tiup angin.... cam best gak.

Dan terasa macam nak tidolah pulak...... Tulah akak dah cakap bestkan dok kat taman ni. Nanti kita datang lagi k.

Menikmati minum petang sesudah penat beriadah. Ibu bawak cucur udang, keropok terengganu n air nescafe... Sambil duduk tu boleh le kunyah-kunyah.

Thursday, June 18, 2009

Habis Dah Berpantang....

Hari ni genaplah 2 bulan usia Afia dan rasanya dah 2-3 minggu dah aku habis berpantang... Yahooo!!! merdeka, merdeka, merdeka.
Berpantang kat sini !!!!! Bolehlah gak tapi tak samalah berpantang semasa melahirkan Alya dulu. Masa tu duduk umah mak, sampai 2 bulan gitu mak jaga aku n Alya. Semua tak boleh buat, naik manja le masa tu. Tapi kat sini lepas seminggu berpantang aku dah buat kerja2 ringan dan lepas sebulan berpantang dah mula singsing lengan bersilat satu rumah. Hehehe.... kalau tak kemas, sakit lak mata ni tengok. Lagi pun rumah kena sapu gak kalau tak berhabuk, nanti Alya n Afia asyik bersin je. Alhamdulillah sepanjang berpantang En. Leman n Kak Alya banyak membantu especially pada minggu-minggu awal kelahiran Afia. Terima kasih bebanyak abah n akak. Nanti ibu kasi reward k.
Bab makan lak pantanglah juga tapi taklah stright sangat sebab aku yang memasaknya so ikut sedap anak tekak aku le. hehehe..... Tapi yang pasti masih kategori makanan orang berpantang.
Bila dah habis berpantang, mulalah mereka-reka nak makan macam-macam dan mulalah mereka-reka nak gi jejalan. Tak dapat outstation, keliling Yanbu pun jadi le... Bukan apa, boring sih asyik dok umah je. Dan minggu lepas aku tak melepaskan peluang joint kelas memasak kat umah Pn. Yann. Menu malam tu ialah Mee jawa. Selain belajar masak-masak, dapat borak-borak ngan kekawan yang dah lama tak jumpa dan dapat gak makan-makan.... Macam biasa kat atas meja penuh dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah dan juga yang dibawa oleh kekawan. mmmmm..... semuanya sedap-sedap belaka. Afia lak malam tu asyik tido je dipangkuan Untie Linda, so ibu dia apa lagi bayar utang le....hehehe.


Makan kat Sangri-La restorant lepas habis pantang.

Afia lena dipangkuan Untie Linda semasa kelas memasak. So, ibu dia apa lagi makan dan makan dan makan leee. Gambar copy dari blog Pn. Ema (Ruang Rindu).

Kemeriahaan kelas memasak di rumah Pn. Yann (Harum Cempaka). Lepas ni kelas memasak break 2-3 bulan. Ramai kekawan balik kg sebab sekarang ni cuti sekolah. They all balik kg mana ye? Mana lagi balik Malaysia le.... Nak ikuttttttttttttt........... Gambar copy dari blog Pn. Mar (Pelangi Jingga)


Lauk orang abis pantang - Asam Pedas Kepala Ikan. Pulak tu baru dapat buah tangan daun kesum dan bunga kantan dari member yang baru balik dr Msia. TQ friend. mmmm.... makan sehingga menjilat jari le...

p/s: Tamatlah sudah episod mengandung, melahirkan dan berpantang. Dan bermulalah episod membesarkan kedua-dua permata hatiku ini. Semoga menjadi anak-anak yang solehah insyallah.

Tuesday, June 2, 2009

Danga Bay di Yanbu

Ngapa aku panggil tempat aku pergi semalam macam Danga Bay kat JB tu. Pertama sebab tempat tu kat tepi laut (tapi ni bukan laut Lido tapi laut Balad). Kedua kat tempat tu ada fun fair dan ada jual permainan yang berlampu cam kat Danga Bay. Dan ketiga kat tempat tu ada khemah-khemah menjual pelbagai barang antaranya baju, beg, barang perhiasaan diri, buku, perabot ala-ala antik, manisan, makanan dan macam-macam lagi lah. Cuma kat situ tak de keretapi pusing-pusing pantai le.... Anyway rasalah gak feel cam kat Danga Bay...huhuhu

Dah 2-3 hari dah aku dengar pasal kewujudan tempat tu tapi baru semalam berkesempatan pergi. Itu pun setelah aku lihat wajah hensem hubby aku sebelum maghrib, kalau lepas maghrib cian lak nak ajak, takut penat baru balik keje. Aku dengar khemah jualan tu sampai minggu ni sahaja lepas tu pindah kat tempat lain. So kepada semua penduduk Yanbu especially suri-suri rumah yg belum pergi tu, apa tunggu lagi malam ni gak pergi. Selain dapat mencuci mata yang berabuk dok kena asap dapor je, boleh gak beli abaya dari Egypt yang berwarna-warni. Cantik-cantik belaka. Boleh bawak balik kampung. Tempatnya di Pinggir Laut Balad selepas Pasar Ikan (kalau nampak ada fun fair dan khemah-khemah tulah tempatnya).

Antara gerai-gerai kat dalam Khemah tu.

Baju amoi pun ada....

Dulu kalau ibu shopping abah kena jaga Alya sorang. Sekarang kena jaga Alya n Afia lah pulak ye. Nasib baik semalam Afia cool je tak ngamuk so dapatlah ibu cuci mata bersih-bersih.


Cam kenal je Mak Cik ni.... Sorang je ke tak bawak bodyguard?

Sempat gak sambar abaya Egypt ni... Cantik sangat