Monday, May 18, 2009

Sebulan dah....


Hari ni genaplah sebulan Aina Afia lahir kat dunia ini menceriakan dan mengamatkan lagi suasana keluarga En. Leman.

Genaplah juga sebulan Aina Alya memegang title kakak. Semoga menjadi contoh yang baik kepada adiknya nanti. Insyallah.

Genap sebulan gak aku dah ada dua orang anak. Yang kekadang mengkelam kabutkan hidup aku. Mula-mula tu susah gak nak manage masa yang ada utk melayan keranah 2 beradik ni tp sekarang alhamdulillah semuanya under control. Bila 2 beradik ni tido, barulah ibu boleh relex jap update blog. hehehe.....


Afia dah pandai pegang botol sendiri... senang sikit ibu. Masuk umur 2 bulan nanti belajar buat susu pulak ok.


Bolehlah diharap gak Kak Alya ni jaga adik.... tapi kalau adik nangis dia yg panik dulu.


Tengah tido pun dok memikirkan masalah negara ke.....


Ibuuuu.... cepat le masak. Kami dah lapar ni.

p/s : Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang menjadi seorang ibu. Diberi peluang melalui saat getir melahirkan seorang anak. Rasa insaf gitu... Cam mana lah mak dulu lahirkan 6 orang anak.... huhuhuhu. Moral of the stroy, sayangilah dan lawatilah ibu anda yang bermati-matian melahirkan anda sementara mereka masih ada.... Makkkkkkkkkk rindunyer.

No comments: