Sunday, May 17, 2009

Berbedung

Berbedung adalah untuk mimik/menyerupai keadaan bayi dlm kandungan ibu. Bayi yang dibedung akan berasa selesa kerana berasa hangat dan sempit seperti dlm rahim ibu. Bayi juga tidak akan mudah terkejut jika terdengar bunyi yang kuat secara tiba-tiba kerana ia berasa selamat bila berada dlm bedung. Ianya juga untuk menggelakkan bayi daripada masuk angin, mencakar muka sendiri dan menarik tali pusatnya.
Bedung boleh dibuat menggunakan kain yang lembut atau kain selimut yang tidak terlalu tebal. Anda hendaklah memastikan bayi tidak terlalu panas (overheat) berada dlm kain bedung tersebut. Dalam minggu pertama dan kedua, bayi biasanya dibedung keseluruhan badan termasuk tangan. Masuk minggu ketiga, biasanya bayi akan mula aktif dan rimas bila dibedung. Bagaimanapun ia masih perlu dibedung, kecuali bahagian tangan. Kebiasaannya selepas sebulan, bayi tidak perlu dibedung lagi kerana dikhuatiri akan mengganggu pembesaran dan koordinasi tulang dan otot bayi.

Bedung yang diterbangkan khas dari Malaya

Sangat selesa semasa bebedung. Tido pun lena.



Tapi......


Tolong kuarkan saya dari bedung ni. Saya tak suka dibedung.....

Pantang betul Afia ni dibedung. Mesti dia nak kuarkan tangan dia. Ada kalanya sampai ngamuk2 tak nak dibedung.

Lagak mcm budak beso je..eksyen tak nak dibedung! Hehe.. Tido pun cam polis traffic je.

3 comments:

cik aa said...

dah nmpk muka cam alya dh,dulu x perasan.hai afia,nk jadi polis traffic ke beso nt?

LYNN said...

ee dah besor dah Afia niii, bila nak datang main basikal ? Tangan kaki dah terangkat dah tu.

Masdihana Hamzah said...

tangan x suka dibedung, ada ati nak jadi polis.... hehehe.

insyallah, bila ibu abis pantang n abah x keja teruk2 lg, nanti alya n afia g jejln umah untie nor n untie lynn. kenalah untie masak sedap2 tau. :)