Mulianya seorang isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi 'kilang manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu solat terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami. Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, isteri dapat pahalanya tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Allah ke atasnya jua.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, begitu juga di akhirat kelak. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki atau dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada lelaki (suami). Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, juga supaya dekat dengan hati lelaki untuk disayangi, bukan untuk ditangan-tangankan.
Renung-renungkan dan selamat beramal......
p/s : banyaknya pahala yang kita boleh dapat bila jadi isteri yang taat kat perintah Allah dan suami. Kalau tau abis sekolah ari tu terus kawin... huhuhu
5 comments:
assalamualaikum...
betul tu kak mas...byk pahala dan ganjaran Allah berikan untuk wanita solehah..kita kena gunakan sbaik2 peluang ini..moga sya dan wanita lain dapat amalkan dan smpaikan kpda org lain...insyaAllah..
tq share info ini....
tulah kita ni.... selalu terkejar2 tuk buat amalan dan pahala yang lain, sedangkan yang dah tersedia kat depan mata ni terkadang di abaikan. hehehe....
awak n family apa kaba? seronok tak dok kat Yanbu ni?
tq for info..salinglah kita ingat mengingati.kdg2 tu mmg dh tau tp terlupa..
salam..ziarah..artikel "permata hatiku" mengajar saya rasa insaf betapa besarnya darjat wanita ..terima kasih berkongsi info yg sangat menarik ini..
izinkan saya link dengan blog anda ya..
Post a Comment