Monday, February 2, 2009

Import Dari Malaya

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan kami tinggal kat Yanbu ni, stock makanan buatan Msia tak pernah putus. Pantang je dengar ada kekawan nak balik Msia atau yang nak datang ke mari, ada je pesanan dari kami. Heee.... terima kasih le pada kekawan yang sudi membawakan stock makanan buat kami... terutamanya kicap, ikan bilis, belacan, cili sos ngan susu anmum buat baby kat dalam kandungan ni. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa kalian semua.
Terbaru, aku mintak tolong dari Dida (Blog Rizhad-Pencarian Kasih Abadi) tuk belikan n bawakan beberapa jenis makanan untuk kami kat sini. Pulak tu tekak ni tetiba lak teringin nak makan kerepek pedas dari Malaya... agaknya ni kes mengidam kot. Terlanjur masa call Dida, dia kat Langkawi then lepas tu nak gi Melaka so aku kirim le kuah rojak ngan belacan Melaka sekali.... En. Leman lak order rempah ratus since sekarang ni dia yang selalu2 memasak.... tahlah sekarang ni apa yang aku masak, aku rasa cam tak sedap je.... agaknya pembawa baby kot. Terima kasih bebanyaklah kat Dida n suami kerana sudi membawa barang pesanan kami tu. Buat Dida, Selamat Datang ke Yanbu & Welcome to my club.

Antara makanan yang kami pesan. Susu Anmum, kuah rojak, kerepek pedas, kopi, rempah ratus dan belacan Melaka.


Susu Anmum buat aku dan baby kat dalam kandungan ni. Semoga baby aku kuat dan sihat masa kuar nanti.

Ni pun kes ngidam gak kot. Nak pakai tudung yg tengah popular kat Msia sekarang ni. Tudung Ekin-Mawi. Heee.... sebenarnya tudung ni aku punyer, tapi utk gambar ni, aku gunalah model yang cute miut sikit

3 comments:

yannfuad said...

jauh betul penangan tudung ekin - mawi ek.. eksport sampai yanbu tu..hihihi

LYNN said...

oo kisah nye tudung mawi-ekin namenyer.. Oh ye, tak sedap lah panggil kite semua orang rumah ek..sebab memang dok umah ler namenye..kasi name sedap sikit he,he. kan ..(Madam Leman)

Saliza said...

Salam...Mas,
Stok kari dah banyak tu...bila nak ajak kite pekena kari leman kat rumah?