Saturday, January 24, 2009

Rindu...

Dah nak dekat sebulan lebih dah tak menatap kaabah, akhirnya terubat gak rindu ni minggu lalu. Kami bertolak dari Yanbu pada petang Rabu, berkonvoi ngan keluarga Hj. Fadzil. Sampai Mekah lebih kurang pukul 11.00 malam. Lepas check in hotel, terus buat umrah.... Alhamdulillah panjang umur, dapat kami sekeluarga buat umrah lagi. Malam Khamis lalu, orang tak berapa ramai, so dapatlah kami sekeluarga mengucup Hajarul Aswad selepas selesai umrah.... syukur termakbul satu lagi doaku.



Kali ni dok kat Mekah 2 malam, lama le sikit. Dapatlah solat banyak2 kat Masjidil Haram. Tapi kali ni nak makan lak ada problem sikit, D'Saji tutup. Kenalah makan KFC ngan makanan arab yang lain. Sabar je le....
Hari Jumaat lak lepas solat Jumaat, kami berkonvoi ke Jeddah, dengan satu tujuan nak makan kat Restorant Thailand... Mmmmmmm.... aku memang beri 5 star le kat restorant ni.... sedap. Tomyam ngan ikan siakap 3 rasa dia cam sama je ngan kat Senibung. Terubat le sikit rindu ni... hehehe.... lain kali kita gi makan sana lagi ye En. Leman...


Alya ngan Untie Nani dan anak daranya

Tomyam dan siakap 3 rasa yang hampir licin.

5 comments:

cIk iNa said...

wah..baca blog ni,cik kiah plak yg teruja lebeh. Semoga diberi peluang suatu hari nnt tuk menjadi tetamunya.insyaAllah..
bahagia kan angah,Sang Pengasih dh menjawab panggilan rindu itew..

Masdihana Hamzah said...

salam Ina,

Insyallah semoga suatu hari nanti Ina lak akan menjadi tetamuNya. Ramai gak angah nampak muda mudi dari Msia dtg sini wat umrah.... Kalau nak dtg inform le....

Ghazali said...

Insya Allah, kita orang pun cadang cadang nak singgah Jeddah on the way balik Yanbu ... since memang dah confirm restaurant nih bukak petang jugak , Alhamdullilah .... dah tak sabar nak pekena TOM YUM dia ... memang SEDAP!!!

Saliza said...

Makan...mas selagi boleh makan ni...nanti dah pantang tengok je lee...

Masdihana Hamzah said...

Salam Hj Ghazz,

Singgah jgn tak singgah Hj., mmg betul tomyam dia best... lagi pun waktu solat dia tak tutup, leh solat kat restorant tu gak... tapi pompuan solat kat store dia je...

Salam Kak Za,

Ye le.. selagi leh makan, makan le... Nanti masa pantang n lepas pantang kena berdiet lak..nak kurus le katakan. insyallah harap ianya kenyataan bukannya omong kosong...hehehe