Saturday, February 28, 2009

Bercanda di Pantai Ummluj

Hari : Khamis

Tarikh : 26hb Februari 2009

Masa : 9.30 pagi hingga 6.00 petang
Masa perjalanan : 1 1/2 jam

Penyertaan : Lebih kurang 100 orang pelbagai umur (yang kecik sekali Aishah Damia - 2 th). Antara yang turut serta ialah keluarga staff Yansab dan students dari Universiti Madinah.
Pengangkutan : 17 buah kenderaan pelbagai jenis (sori le... tak de kereta proton)
Aktiviti: Berkelah, berkhemah, mandi manda, snorkeling, fishing, bola pantai, makan-makan, borak-borak dan lepak-lepak
Menu : Macam-macam ada.... antaranya nasi dagang, nasi campur, mee udang, mee hoon goreng, sate, BBQ, kuih muih dan banyak lagi leeee.....
Kemudahan yang disediakan : Air untuk mandi manda dan berwuduk (air laut le tu...) dan tandas khemah or toilet/shower tent.
Cuaca : Agak sejuk dan berangin. Suhu diantara 18-23 c. Tidak terlalu panas dan angin sepoi-sepoi bahasa kekadang agak ganas juga sehingga menerbangkan toilet tent (mujur dapat diselamatkan)


Ini bukan kedai kereta.....tapi inilah antara kenderaan yang menuju ke Pantai Ummluj minggu lalu.

Group photo.


Pantai Ummluj kena serang.. terkejut semua haiwan-haiwan di darat mahupun di laut. Cuba cari pokok ada tak?.....hehehe

Deretan khemah yang telah siap dibina, tapi kena ikat kuat2 takut diterbangkan angin.



Acara mandi manda. Sukanya dia............

Kaum ibu dok melepak je le. Tapi ada gak yang terjun laut, nak lepas gian le tu.



Tertunai gak hajat En. Leman nak mancing kat Laut merah.....

Penting ni....... inilah tandas/toilet tent yang terpaksa dihadang oleh kereta En. Leman..... takut terbang ditiup angin lagi.



p/s : org nak masuk blog, kita pun nak masuk blog gak... tapi malas nak bercerita gitu. Kalau nak citer, rasa2nya 2 page pun tak cukup. Apa-apa pun perkelahan minggu lalu memang happening gitu... buat le selalu2 ye.

2 comments:

REENAZ said...

Seb baik kannn ada keta En.Leman kita jadik penghadang...Kalau tak haruuuuu.... huhuhuhu

Masdihana Hamzah said...

Kalau tak melepas dalam air je le.... hehehe.

Nak cari satu le toilet tent tu, simpan dlm keta. In case jalan jauh nak terkucil. Tau2 je le kat sini x de R&R. Kak Ina beli kat mana ek?