Dah nak dekat sebulan lebih dah tak menatap kaabah, akhirnya terubat gak rindu ni minggu lalu. Kami bertolak dari Yanbu pada petang Rabu, berkonvoi ngan keluarga Hj. Fadzil. Sampai Mekah lebih kurang pukul 11.00 malam. Lepas check in hotel, terus buat umrah.... Alhamdulillah panjang umur, dapat kami sekeluarga buat umrah lagi. Malam Khamis lalu, orang tak berapa ramai, so dapatlah kami sekeluarga mengucup Hajarul Aswad selepas selesai umrah.... syukur termakbul satu lagi doaku.
Kali ni dok kat Mekah 2 malam, lama le sikit. Dapatlah solat banyak2 kat Masjidil Haram. Tapi kali ni nak makan lak ada problem sikit, D'Saji tutup. Kenalah makan KFC ngan makanan arab yang lain. Sabar je le.... Hari Jumaat lak lepas solat Jumaat, kami berkonvoi ke Jeddah, dengan satu tujuan nak makan kat Restorant Thailand... Mmmmmmm.... aku memang beri 5 star le kat restorant ni.... sedap. Tomyam ngan ikan siakap 3 rasa dia cam sama je ngan kat Senibung. Terubat le sikit rindu ni... hehehe.... lain kali kita gi makan sana lagi ye En. Leman...
Alya ngan Untie Nani dan anak daranya
Tomyam dan siakap 3 rasa yang hampir licin.