Tuesday, July 22, 2008

Dah Nak Berangkat Dah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah semua persiapan ke KSA sudah selesai. Tinggal tunggu masa berangkat sahaja.

Buat rakan-rakan sekalian, doakan semoga kami selamat sampai di bumi KSA dan bertemu dengan suami di sana. Insyallah, jika di rumah sana ada talian internet, saya akan up-datekan perjalanan kami dari Johor Bahru - KLIA- Jeddah.

Insyallah bertemu lagi kita

Sunday, July 20, 2008

3 more days to go


Alhamdulillah, barang-barang yang hendak dibawa 90% dah siap pack. Pakaian harian, buku-buku, stock makanan dan sedikit ubat-ubatan dah dimasukkan ke dalam 3 beg. So far berat keseluruhan 3 beg ni ialah 48 kg (ikut timbang berat badan kat rumah ni). Tak tau le lagi 2-3 hari ni kot-kot bertambah lagi. Jangan lebih 50 kg dah le.. Insyallah, jika diizinkan tuhan, lagi 3 hari berangkatlah kami ke KSA bertemu dengan suami yang tercinta. Cewah....
Dalam banyak-banyak muka yang aku perhatikan, muka atok ngan nenek Alya lah yang tidak berapa ceria sangat. Almaklumlah, nak berpisah dengan cucu yang dijaga selagi merah hingga umur 4 tahun. Cian atok ngan nenek Alya....... Dahlah cucunya sorang aje. Apa nak buat dah rezeki abah Alya kat sana. Relakan je lah atok ngan nenek... Insyallah panjang umur nanti kita jumpa lagi.


Alah.... sayang cucu.... atokkkkkk

Manja yang melampau ngan nenek dia.

Jamuan Perpisahan


Hari Jumaat yang lalu, merupakan hari terakhir persekolahan Aina Alya di sekolah Taska At-Tasneem, Pelangi Indah. Tengaharinya aku hantar sedikit makanan. Buat jamuan sikit. Jamuan perpisahaan kononnya. Sebelum pulang, Alya berjabat tangan dengan semua kawan-kawan dan guru-gurunya. Aku pula yang tangkap leleh. Kesian Alya. 7 bulan je sekolah di sini. Baru dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan dan guru-guru, dah kena berhenti sekolah. Tak pe lah nanti dapat kawan-kawan dan guru-guru baru ok.


Jamuan nasi ayam dalam dulang. Berselera nampaknya Alya dan kekawannya


Member kamcing. Kawan-kawan nilah yang selalu pujuk Alya bila datang sekolah nangis

Alya menerima hadiah daripada guru besar sekolah, Cikgu Norani. Terima kasih cikgu..

Alya dapat hadiah teddy bear dari Cikgu Zee, Cikgu Sidah dan Cikgu Ila. Terima kasih cikgu...

Gambar kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan sekolah.

Sayonara....Semoga kita berjumpa lagi.

Tuesday, July 15, 2008

Kebun Durian Atok


Sepanjang lima hari atok di hospital, Allah s.w.t. telah memberi rezeki yang melimpah ruah kat atok. Durian kat kebun dia dah mula gugur. Banyak pulak tu. So, pagi hari minggu yang lalu, aku, nenek, Pak Uda, Mak Uda dan Pak Alang pergilah ke kebun atok di Parit Patah, Pontian dengan satu misi untuk mengutip durian dan dibawa balik ke Johor Bahru. Kalau dibiarkan sayang pulak, lagi pun anak cucu cicit dia ada kat Johor melawat atok. Kalau atok sihat, memang dia yang selalu ke kebun ni. Atok cukup sayang agaknya ngan kebun ni. Dijaganya cukup bersih sekali. Kat kebun ni ada dibina sebuah rumah kecil untuk atok, nenek dan kami anak cucu cicit nya datang melepak.

Sampai kat kebun kerja-kerja mengumpul durian tak susah sebab jiran yang tinggal kat sebelah kebun atok ni, dah kumpulkan durian yang dah gugur kat bawah pokok rambutan. Hehehe... senang je le kerja kami. Selain durian, ada juga pokok rambutan yang dah masak merah, lebat pula tu buahnya. Mula-mula petik buahnya yang rendang-rendang aje, tapi Pak Alang aku tak tahan tengok yang bergayut-gayut kat atas terus dia ambil parang, panjat dan potong dahan yang lebat dengan buahnya.

Dah penat-penat kumpulkan buah-buahan tu, apa lagi duduk silalah jap, makan durian. Mmmmm, yummy sedap juga durian yang atok aku tanam ni. Alhamdulillah dapat juga aku makan durian sebelum aku berangkat ke KSA. Tapi tak boleh makan banyak-banyak, takut tak sihat nanti.

Tengaharinya kami berangkat pulang ke Johor Bahru dengan membawa hasil kebun atok. Penuh satu storm dengan 2 beg plastik hitam buah rambutan, satu besen besar buah durian, setandan pisang dan beberapa biji buah sukun.

Buat hubby kat KSA, janganlah meleleh air liur bila tengok post ni. Jangan risau, Alya dah makankan untuk abah dia.

Monday, July 14, 2008

Atok oh atok


Hari Khamis lalu, dapat berita dari mak, satu-satunya atok yang aku ada masuk hospital. Ini adalah kali ketiga atok masuk hospital. Satu pemedahan kecil terhadap usus atok telah dilakukan. Selepas pemedahan itu atok kelihatan lemah sekali dan asyik nak tidur sahaja. Mungkin akibat daripada ubat bius yang diberikan. Alhamdulillah hari Ahad yang lalu, atok dah boleh bangun makan bubur. Berselera nampaknya setelah beberapa hari doktor tidak benarkan atok makan apa-apa pun. Dan pada hari Isnin petang, doktor dah benarkan atok balik ke rumah. Ceria aje muka dia. Masa kat hospital macam-macam yang diingatkan, rumah dia lah.... kebun durian dia lah...

Menjamu Kawan-kawan


Lama gak aku tak update blog ni. Bukan apa sibuk sikit dalam beberapa hari ni. Ada beberapa perkara kena buat. Salah satu daripadanya ialah misi mengumpulkan ex-collegue masa kerja kat MMI dulu. Dah lama dah buat planning nak berkumpul ramai-ramai, keluar makan-makan. Akhirnya hari Jumaat lalu, misi tu jadi realiti. Ingat nak gi makan-makan kat seafood Senibung, tapi last-last Maimon suggestkan makan kat rumah aku aje. Lagi santai. Menu hari tu yang light2 aje, aku order laksa johor dan aku masak nasi lemak sambal tumis kupang. Pencuci mulutnya Puding Berkuah. Hampir 80% ex-collegue aku yang datang. Ada yang masih pakai uniform MMI dan ada yang dah pakai uniform company lain. Aku pakai uniform gak hari tu, uniform apron maklumlah tukang masak. Member start datang rumah dalam pukul 6.00 petang, lepas kerja. Makan-makan, borak-borak sampailah pukul 9.00 malam. Sekali sekala jumpa cam ni, macam-macam cerita yang diborakkan. Lawak dulu kat MMI pun timbul gak. Hai, bila agaknya dapat berkumpul macam ni lagi ek. Insyallah, panjang umur kita makan-makan lagi ok.

Tuesday, July 8, 2008

Cantiknya Wanita



Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Monday, July 7, 2008

Pasport, Tiket dan Beg.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan izinnya urusan permohonan visa aku dan Alya ke KSA telah berjalan dengan lancar dan mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja. Hari Jumaat lalu sepupuku, Khairil, telah mengambil pasport aku dan Alya di pejabat consultant di Jalan Tun Razak. Dan semalam Pak Ngahku, Hj. Khalid yang kebetulan ke Kuala Lumpur kerana melawat cucunya di sana, telah membawa pulang pasport kami ke Johor Bahru dan telah selamat aku terima. Terima kasih banyak-banyak Khairil dan Pak Ngah kerana melancarkan lagi urusan permohonan visa/pasport kami. Ketika ini pasport dan tiket kapal terbang telah berada di dalam simpananku. Insyallah, dengan izin Allah s.w.t, pada 23/7/2008 ini, aku dan Alya akan berangkat ke KSA dengan menaiki kapal terbang MAS melalui Senai-KLIA-Jeddah.


What's next?.... packing le.... Kerja-kerja packing ni baru aku buat separuh jalan aje. So, far aku dah pack 2 buah beg yang kebanyakannya berisi baju dan buku. Sebuah lagi kotak yang berisi dengan stock makanan yang dipesan oleh suami. Macam masak je kat sana... hehehe. Apa-apa pun aku kena make sure berat luggage aku ni jangan sampai terlebih 50 kg. Kalau tak kena bayar. Rugi-rugi......

Mmmmm..... + - x , tinggal lebih kurang 14 hari je aku kat Malaysia. Perasaan ini jangan cakap le bercampur baur. Begitu teruja kerana inilah kali pertama aku keluar dari tanahair ku dan akan bertemu dengan suami tercinta yang telah meninggalkan kami lebih kurang 3 bulan. Pulak tu tempat aku nak pergi ni, tempat ibadat umat islam seluruh dunia. Tetapi kekadang tu timbul lak perasaan sayu, pilu, sedih bila mengenangkan aku akan meninggalkan mak dan abah, adik beradik yang lagi 5 orang ni, atok dan nenek yang dah uzur, mak cik dan pak cik yang dah macam kekawan, ipar duai yang terlalu baik hati dan kia rio ku yang sentiasa membawa aku ke mana sahaja. Dan lagi sedih bila suami cakap kat telepon hari tu... " Hari raya tahun ini tak balik tauuuuuu......" huhuhu. Apa-apa pun reda je lah... dah rezeki suami kat sana. "Tinggal emak, tinggal saudara, kerana kasih hamba turutkan..... " cewahhhhh bersyair lak dahhhh.