Pagi Sabtu lalu, aku telah berjanji dengan Alya untuk menghantar dia ke Skudai Parade, Skudai. Kat sana ada program Kembara Johor FM bersempena dengan Ulang Tahun RTM dengan kerjasama Skudai Parade dan Komuniti Bestari Kg Melayu Skudai. Pelbagai acara telah diaturkan dan salah satu daripadanya ialah peraduan mewarna bagi pelajar-pelajar peringkat tadika. Semangat betul Alya pagi ni. Seawal pukul 7.00 pagi lagi dia dah bangun dan mandi. Melihat Alya begitu bersemangat nak masuk peraduan mewarna, aku pun jadi semangat gak. Lebih kurang pukul 9.00 pagi dah sampai kat Skudai Parade. Pukul 10.00 pagi, acara mewarna pun bermula dan berakhir satu jam kemudian.
Asyik sekali Alya mewarna, sampai terbaring-baring
Inilah hasil nyer...mmmmm... not bad...
Dapat hadiah saguhati aje... Tak pe good try.
Meriah juga majlis hari ini. Bermacam-macam acara diadakan. Ada juga 3-4 orang DJ radio RTM yang turut serta memeriahkan majlis ni. Kalau tidak diperkenalkan, memang aku tak tahu they all ni DJ Radio. hehehe... jangan mare.
Habis je majlis tu lebih kurang pukul 1.30 tengahari, terus bawa Alya dan mak aku ke rumah Kak Ina (isteri Zuraili - tuan punya blog Villa Bayu) di Taman Rinting. Mereka jemput ke majlis makan-makan dan kenduri kesyukuran sempena penghijrahan mereka sekeluarga ke KSA pada 2/7/2008 ni. Selain dari memenuhi undangan mereka, tujuan ke sana juga untuk mengambil tiket kapal terbang dan barang yang dikirimkan suami melalui Zuraili.
Makan-makan kat rumah Kak Ina. Kelihatan di gambar, Kak Saliza dengan anak bujangnya duduk kat sebelah Alya.
Alya kekenyangan makan nasi ayam dengan puding keladi. mmmm.. yummy
Balik aje rumah nenek Alya, terus buka kotak merah yang suami kirim tu. Ada 2 helai abaya, beberapa jenis manisan dan 2 buah kapal terbang mainan. Cantik gak abaya yang suami belikan tu.. nasib baik muat bila dipakai...
4 comments:
Tahniah untuk anak abah...!! Kerana berani dan bersemangat memasuki pertandingan....
Abah sayang sangat la anak abah ni!!
Salam Mas...
Bila pula turn Mas ke yanbu...Kak Ina da ada sana da pun...Kak Za 1 August nanti..Mas bila???
Salam kaherah.
lama tak dengar berita. blog pun lama tak update. morning sickness agi ke... jaga kandungan tu baik2.
Insyallah, dgn izin Allah, saya n alya akan berangkat pada 23/7/08. Ingat nak saing kak Za, tapi tak dapat.
Salam mas,
Alhamdulillah tak lama lagi dah mas akan ke sana...Kaherah lambat lagi tunggu hingga habis pantang tahun depan bulan 2...doa-doakanla agar kami anak banak di beri peluang menyertai semua di sana. Suami kaherah pula akan berangkat akhir Ogos kerana masih mahu menguruskan kebajikan mak dan abah mentua kelak. di samping beberapa urusan lain. Insya ALLAH,kita jumpa tahun depan yek!!!
Post a Comment