Thursday, June 26, 2008

Suatu Pagi di Pasar Tiram


Pagi tadi lepas hantar Alya ke sekolah tadika lebih kurang pukul 8.30 pagi, terus aku tekan minyak bawa kereta menghala ke S.g Tiram, Ulu Tiram. Bukan nak balik kampung suami aku, tapi nak pergi Pasar Pagi. Lebih kurang 15 minit, sampailah aku kat Pasar Pagi ni. Ianya betul-betul kat simpang nak masuk kampung suami aku dan cuma dibuka pada hari Khamis pagi sahaja. Bukan kedai cuma khemah-khemah yang dipasang mengikut lorong yang disediakan. Kat Pasar Pagi ni macam-macam ada.... Kain ela, baju kurung dah siap, baju jubah, kain tudung pelbagai warna, t-shirt, barang-barang keperluan rumah, makanan, minuman dan macam-macam lagi lahhh... Kalau tak caya datang le minggu depan. Memang aku recommend shopping kat sini, harganya murah-murah. Kadang-kadang tu kalau aku pergi public holiday, kereta singapura yang penuh kat sini. Sanggup they all datang jauh-jauh ek.....
Semalam dah dapat berita dari suami aku, tiket kapal terbang dah confirm. Aku cuma ada masa lebih kurang sebulan aje untuk membuat persiapan. So, tujuan gi Pasar Pagi ni ingat nak teropong-teropong le kain-kain tudung yang sesuai untuk dibawa ke KSA. Tudung yang ada kat umah tu warnanya cerah-cerah semuanya mungkin tak sesuai dipakai kat sana kot. Baju jubah beli next week le. Budjet tak ada le hari ni.. hehehe



Inilah antara kedai tudung yang ada kat Pasar Pagi ni. Cantik-cantik semuanya.


Ini pula kedai baju yang dah siap seperti baju kurung, jubah dan blous perempuan. Harganya jauh lebih murah daripada kat Angsana. Kualiti nyer sama aje.


Sedang mata aku asyik melihat baju-baju yang bergantung-gantung tu, tiba-tiba terpandang akak ipar aku... akak kepada suami aku le... Terus aku ajak dia temankan aku ronda-ronda kat pasar pagi ni. Sampai naik lenguh kaki dia...

Kat kedai tudung ni le, kaki aku bagaikan digam. Mana tak nyer tudung cantik-cantik harganya cuma RM10.00 aje. Apa lagi borong le. Aku beli 4 helai, akak ipar aku beli 2 helai.

On the way nak gi car park, terpandang lak Mak Anjang aku (yg bawa kami bercuti ke Langkawi hari tu). Asyik betul dia pilih baju sampai aku snap gambar dia pun tak perasaan. Jauhnya dari Skudai ke Sg. Tiram shopping.

Ni le tudung yang aku beli pagi ni. 2 warna hitam, satu hijau dan satu putih.

To be continue next week... shopping le..

5 comments:

Saliza said...

Salam,
Hai mas, wak hang tak kabak nak pi sana ? boleh kak za join together
Kalu gi sorang 2 tu tak best lah....
minggu depan kita gi anta kak ina kat aiport neh. ari khamis gi pasar tiram pulak.

Masdihana Hamzah said...

ok.. no problem. sementara boleh pegang streng keta ni.. jalan le. karang dah sampai KSA, dok umah je le.

Ejalz said...

Mas and kak za, tudung color-color tak pakai kat sini.. takat pakai kat rumah atau kalau kita buat event sesama kita.. kalau kat luar, dengan jubah hitam (abaya) tu kita pakai tudung hitam jugak.. official arab dress code for ladies - jubah hitam and tudung hitam. so, tak yah budget tinggi untuk tudung... buat penuh lemari kat sini jek sok... hehe..

Masdihana Hamzah said...

kain tudung hitam yang sulamannya warna-warni boleh tak ejalz?

Ejalz said...

asalkan hitam keseluruhannya okay ler tu... yg sulam2 berwarna tu kira boleh la ...