Tuesday, February 16, 2010

Aina Afia - 10 bulan

Pejam celik, pejam celik Aina Afia dah 10 bulan dah, lagi 2 bulan nak berusia setahun.. Afia dah pandai apa sekarang ni? Dia dah pandai memanjat, dia dah pandai menyepah, dia dah pandai pegang botol susu sendiri, dia dah pandai mintak makan dan yang terbaru ni tengah berusaha untuk berdiri sambil lepas tangan... fuhhhhhhh tak leh dok diam seminit, aktif betul.. Ada je yang dia nak buat dan sekarang ni Afia suka masuk dalam laci baju then kuarkan baju2 kat dalam laci tu... dah le ibu dia ni rajin sesangat nak lipat n susun baju... sabo je arr anakku... Anyway, aku cukup happy tengok dia sihat dan cergas sekali.. Syukur.

Alya n Afia sungguh happy dapat bermain kat Happy Land, cuma Abah je yg separuh happy gitu sebab byk duit terbang kat sini...he3x..


Ni bukan gimik, tapi ni betul2.... Hobi terbaru Afia, masuk dalam laci baju then sepahkan baju kat dalam laci tu... bila tak dapat nak kuar mula le dia menjerit....

Hepinyer dia dapat menyepahkan kain baju ibu, bukannya nak tolong lipat... huk3x sabo je le.

Dah pandai pegang botol susu sendiri. Bagus-bagus, lepas ni belajar buat susu sendiri tau... relex sikit ibu...

Terlena kat walker dia lepas penat buat sepah...

Tu dia anak dara Leman tido... tak sopan langsung..he3x....

Konsert kat Sekolah

Minggu lepas hari Selasa, kami sekeluarga dapat undangan ke sekolah Alya, gi tengok konsert students sekolah ni. Persembahan talent show daripada bebudak kindergarten sampai le ke bebudak high school. Terhiburlah gak tapi tak dapat nak tengok sampai abis sebab 1/2 way Afia dah buat persembahan dia sendiri kat belakang... Tengok Alya kat atas pentas muka dia nervous habis tak senyum langsung, maklumlah 1st time naik pentas sebesar ni buat persembahan.. Anyway, tumbs up to you my dear girl..

Stage tempat bebudak sekolah ni buat persembahan..

Alya dan kekawan sedang membuat persembahan... tak senyum langsung, dia cakap takut...

Alya yang pakai baju n tudung warna merah, sedang mengoyangkan loncengnya mengikut irama...

Turn Ainna lak goyang lonceng ngan penuh cerianya

Sunday, February 14, 2010

Berpicnic di Pantai Al- Hasi, Yanbu..

Inilah salah satu aktiviti yang sering dilakukan kat Yanbu ni.. Berpicnic beramai-ramai...... memang happening giler... rasa-rasanya kat Malaysia pun tak pernah berpicnic beramai-ramai ngan kekawan cam ni. Laut kat sini memang biru giler... tak payah nak gi snorkeling jauh2 ke tengah laut, dekat-dekat pantai pun dah dapat tengok coral. Cantik n bersih sekali... tapi yang tak syoknyer sebatang pokok pun tak de...he3x...

View dari atas anak bukit... kelihatan khemah2 yang telah siap dipasang dan kebiruan lautnya...

Air laut yang membiru dan sejuk sekali....

Alya dan kekawan seronok sekali main pasir di pantai...

Afia teruja gitu 1st time berpicnic reramai cam ni... nak tido pun sayang...

Akak Alya hepi dapat main pasir... selalunya main pasir kat pantai RC je....

Peace...cuti2 arab.... kaum ibu bercuti, dapur tak berasap le ari ni...

Senja di pantai Al- hasi...

Juadah makan malam.... satay, ikan bakar n sosej.... yummmyyyy

Makan... jangan tak makan... balik dari berpicnic ni baru arr kita diet ek Kak Ila..

Alya, kawan-kawan dan unggun api...

Amik gambar ngan Kak Ina dan Jamilah sebelum berangkat pulang... Kak Ina n kekawan semua bermalam kat sini... Aku sekeluarga balik selepas bbq (Afia kecik lagi arrr, tak confidance lak nak overnight kat sini...he3x)

Saturday, January 16, 2010

Pembuka tirai 2010

Tahun 2010 telah membuka tirainya hampir setengah bulan lalu dan ianya dimulakan dengan cerita-cerita yang mengembirakan dan perkara-perkara yang positif. Harap2 berterusan beginilah hendaknya. Insyallah.

2010 dimulakan dengan majlis merisik adik bongsuku, Siti Nasuha bte Hamzah pada 02/01/2010 yang lalu. Majlis ringkas itu hanya dihadiri oleh keluarga rapat pihak lelaki dan perempuan sahaja bertempat di rumah abah di Skudai Bt 10. Dapat org dekat je adik aku ni, sebelah taman je, Taman Skudai Baru... esok2 dah kawin senang le, tak yah gaduh2 nak balik raya. Majlis pertunangan mereka telah ditetapkan pada akhir bulan Mac nanti, Insyallah. En. Sulaiman, kita boleh balik tak...? he3x

Cincin disarung di jari manis, tandanya telah dibooked. Dah beso dah adik bongsu aku ni, ke aku yang dah tua... Gambar blur je, ni le akibatnya bila cameragirl punya event.. nasib le...he3x

Pada 05/01/2010 pula, kami sekeluarga telah diberi peluang sekali lagi berangkat ke Kota Mekah untuk mengerjakan umrah. Kami tinggal di sana selama 3 hari 2 malam. Peluang ini kami ambil sementara visa umrah belum lagi dibuka setelah musim haji berakhir bulan lalu. Inilah waktu terbaik buat kami yang tinggal di sini untuk mengerjakan umrah kerana belum ramai lagi jemaah yang berkunjung ke mari. Subhanallah, bila terpandang je kaabah di depan mata, sayu hati, terubat sudah kerinduan ini . Mana tak nyer.. dah berbulan2 dah kami sekeluarga tidak berkunjung ke rumah Allah ini atas alasan membesarkan Afia dan kesibukan tugas2 suamiku di tempat kerja.. Alhamdulillah panjang umur kami, dengan izinNya masih diberi peluang untuk ke sana. Amin.
Pemandangan di hadapan Kaabah pada 05/01/2010 sebelum zuhur. Tak sampai setengah jam kami dapat abiskan tawaf 7 pusingan.

Alya dan Afia di hadapan kaabah setelah selesai mengerjakan tawaf umrah.

Gembiranya Alya bila dapat lihat kaabah lagi.

Alhamdulillah polis tak tahan kami masa bawak masuk kereta sorong Afia ni (kereta sorong baby tak leh bwk masuk masjid). Mudahlah kami buat tawaf n saie.. Kalau tak penat gak le abah kena dukung Afia..

En. Sulaiman baru selesai solat sunat kat dataran kaabah.

Sehari selepas pulang dari mengerjakan umrah, kami sekeluarga sibuk mengemas barang2 untuk berpindah ke rumah sewa yang baru. Rumah sewa lama yang telah kami duduki selama setahun lebih ni bukannya tak bagus, cuma agak bertingkat2 dan bertangga2. Ianya tidak sesuai setelah kelahiran Afia dan juga membataskan pergerakan kami. Di rumah sewa baru ini kami berkongsi bangunan rumah dengan keluarga Hj. Ahadin dan Hajah Saliza. Mereka sekeluarga tinggal di tingkat bawah dan kami di tingkat atas. Proses berpindah rumah telah siap sepenuhnya dan syukur kehidupan kami sekeluarga pada hari ini menjadi lebih mudah dan teratur.

Alhamdulillah permulaan yang baik pada tahun 2010 ini.. Amin

Rumah sewa baru kami kat tingkat atas. Tingkat bawah didiami oleh Hj. Ahadin sekeluarga( orang Johor Bahru gak..)

Halaman rumah yang sangat luas dengan 2 batang pokok kurma dan tanaman yang menghijau gitu...

Alya baru balik sekolah. Kat umah baru ni, bas sekolah masuk sampai depan umah lagi... bestnyer..

Ruang tamu yang sangat sederhana.

Meja makan made in Malaysia lagi. Support Malaysia forever... he3x

Tuesday, December 29, 2009

End of 2009

Sebelum tirai tahun 2009 berlabuh, nak update sikit le citer2 family kat sini.. Lama sangat dah tak update blog ni sampaikan dah bersawang dah. Nak dibiarkan cam tu je, sayanglah pulak. Banyak gak kenang suka dan duka dicoretkan kat sini.. Bukan apa semenjak 2 menjak ni sibuk sesangat ngan urusan keluarga yang dah makin membesar ni. Tapi syukur semuanya under control..
Suami tersayang, En. Sulaiman bin Mardi dah melangkah dah ke gerbang 40an pada 24/12/2009 yang lalu. "Selamat ulang tahun yg ke 40 wahai suami mithaliku." Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya. Tak sempat nak pergi kedai beli, kek n kad ucapan handmade lagi buatan sendiri.. konon2 nak buat suprise le tu.. Nasib baik le kek coklat buatan aku menjadi, kalau tak potong lempeng je le... Kalau kat Johor kami selalu celebrate kat Senibung makan ikan 3 rasa, kat sini kami makan kat Sangri La restaurant tp tak sama arrr ngan Senibung punya.. Boleh le.. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Selamat Hari Jadi yang ke 40 abah dari anak2 daramu.... heheheh... umur dah 40, anak kecik2 lagi.. nasib le...

Birthday boy kelaparan baru balik keja... makan jgn tak makan..

Antara menu yang kami order...

Salah satu favourite restaurant kami kat sini.

Aina Alya dah makin terserlah sifat kakaknya. Mungkin dah boleh terima hakikat bahawa ada org lain di samping dia, abah n ibu. Tak jealous2 lagi. Bolehlah tolong tengok-tengokkan adik dia masa aku buat keja di dapur.. tapi tak leh tinggalkan lama2, abis adik dia dibulinya..

Bab gi sekolah pulak paling dia suka sekali, so far tak pernah ponteng lagi. Mana taknya kat sekolah macam2 aktiviti yang diadakan, semuanya dia nak joint. Kalau dok kat umah asyik kena jaga adik dia je... Tak macam kat Malaysia, kat sini dia kena berdikari. Ibu boleh anta kat simpang depan umah je, lepas tu pergi dan balik sekolah kena naik bas. Kekadang risau gak, tapi tawakal sahajalah kat Allah s.w.t. Insyallah, moga2 semuanya selamat. Amin.

Akak ngan adik.. sangat rapat sekali.

Kat simpang depan umah tengah tunggu bas.

Mana bas ni tak sampai2, dah tak sabo dah ni nak jumpa kawan2..

Sementara tunggu bas datang, abah suruh akak posing ayu dulu.. 1,2,3 smile...

Kesian kakak, kena panjat tangga bas ni ari2. Sori le ibu tak dapat nak anta gi sekolah, lesen keta kena gantung..

Hujung minggu akak mesti sibuk ngan homework dia yang menimbun ni... tak siap tak leh jalan-jalan.

Aina Afia dah masuk 8 bulan. Sekarang ni dah pandai merangkak. Abis dah semua lantai kat umah ni di sapunya ngan seluar dia. Tak payah le susah2 ibu nak menyapu tapi siap le seluar bertukar dr warna putih ke warna hitam..huk3x.. Sekarang ni tengah kemaruk lak memanjat sofa then lepaskan tangan sebelah pulak.. puhhh tak senang duduk ibu dia, asyik nak menyambar dia je.. kalau tak jatuh tergolek berdentum kat lantai lak... mencabar sungguh jaga Afia sekarang ni tak boleh leka.. Bila keadaan tidak dapat dikawal lagi, last2 abah beli walker untuk Afia, haha...kena kurung le dia dalam walker.. Insyallah kalau practise selalu ni, tak lama lagi pandai berjalanlah pulak... Syukur suatu perkembangan yang amat positif.

Sangat suka bergambar... 1,2,3 click..

Dah terror merangkak dah, abis semua pelusuk umah disapunyer...

Asyik penat dok kejar Afia, abah belikan walker ni...ha3x dah tak leh lepas dah...

Asyik bebeno main ngan logo dia tu.

Ni dia kebolehan terbaru Afia, panjat2 sofa sambil lepaskan tangan.... tak senang duduk ibu dia... huk3x..


Aku... cam ni lah gak, masih control cun... he3x. Kulit pun makin putih kot sebab asyik dok kat umah je... Dalam pada tu masih berusaha nak turunkan berat badan yang bertambah-tambah ni .. semenjak dok kat sini, adalah naik 4-5 kg... Mana tak nyer selain mencuba resepi terbaru, aku gaklah yang kena perabiskan, bila perut dah kenyang joint le Afia tido.. Ni sempena tahun baru 2010, nak berazamlah turunkan berat badan ni ke berat yg ideal. Boleh ke? Insyallah.. aku BOLEH... he3x..

Letak gambo jauh... nampak cute gitu ...he3x

Sebelum 2009 melabuhkan tirainya, minggu lalu Yanbu Al- Sinayah telah dilanda ribut pasir, hujan lebat dan banjir.. Menurut kata penduduk tempatan kat sini, dah 16 tahun dah bencana sebegini tidak berlaku. Dan oleh kerana rumah kat sini tak waterproof dan tak gunakan bumbung cam kat Msia, rumah aku adalah salah satu rumah yang telah dimasuki air melalui tangga ke bumbung rumah dan di kebanyakan syiling rumah ...Sabo je le. Hujan lebat yang turun dalam masa sejam itu juga telah menenggelamkan jalan2 raya dan telah mengakibatkan talian elektrik dan air terputus dalam beberapa jam gitu.. Panik gak ketika menghadapi detik2 itu, nasiblah ada Kak Nani dan keluarga, jiran sebelah rumah aku. Kalau aku sendiri je ngan anak2, meraung panggil nama mak le jawab je... Mungkin ada hikmah dan pertunjuk daripada musibah yang berlaku ini. Alhmdulillah hanya berlaku kerosakan harta benda sahaja tanpa sebarang nyawa yang terkorban..


Antara gambar2 yang sempat di ambil selepas hujan lebat melanda Yanbu oleh wartawan tak bertauliah, En. Sulaiman.

Banjir yang memenuhi segenap bandar Yanbu.. Abis arr unta2 semua cabut lari.


Itu sahajalah buat tatapan keluarga dan kawan2 semua terutamanya di tanah air untuk tahun 2009 ni. Semoga terubat rindu kalian kat kami..(ada ke yg rindu ek...). Panjang umur melangkahlah kita ke tahun baru 2010 pada hari Jumaat ni. Semoga di tahun baru ini hidup kita lebih berkualiti dan seboleh mungkin memperbanyakkan persediaan kita untuk ke sana nanti... Insyallah.