Bila ada majlis2 begini, baru le berpeluang bertemu dan berkumpul ngan adik beradik n sepupu sepapat.... happening gitu.
Alhamdulillah nenek sihat dan gumbira semasa masjlis pertunangan ni.. (Nenek tanpa make up lebih cun dr cucu dia yg bermake up tebal tu...he3x..)
Ini ke bakal suaminya? tah dato mana tah yg dia kebas... (opss ni bukan dato tp atok kesayangan kami...he3x..)
Antara santapan buat para tetamu - ayam masak kicap, nangka masak lemak n rojak mak bee... yummy....
Penyambut tetamu yang cute meyute menyambut kedatangan kami di pintu gerbang A famosa.
Alya ngan itik dia... dah tak sabo dah nak gi swimming.
Banglo kami kat A famosa... cewah... untuk 2 hari je....
Oleh kerana kat belakang banglo dah ada swimming pool, so swimming kat sini je le... tak yah le gi water world..
Alya ngan uncle2 dia.. berkenalan ngan burung bangau..
Orang utan show kat A famosa
Lepak2 kat tepi pintu gerbang A famosa ... tak de tempat lain ke?....
Opssss..... Rupa2nya Pak Andak yang merangkap pemandu pelancong ternampak raja buah ni... so, apa lg emergency break le....
Tu dia... anak cucu cicit Tok Din makan durian kat tepi jalan...
Yummy...... hajat tercapai nak makan durian.
Alya melawat bandar bersejarah Melaka.
Lepas penat melawat bandar bersejarah... pemandu pelancong bawa kami lunch kat sini.
Menu hari tu ialah asam pedas, daging salai masak lemak, paru sambal, kangkung belacan ngan ayam goreng.
BBQ kat Kampung Sungai Tiram (10/04/2010)
Acara makan2 lagi seminggu sebelum balik ke Yanbu. Makan... makan... dan makan... selagi leh makan... kita makan le... Kali ni bertempat di rumah pusaka keluarga En. Leman di Sungai Tiram. Terima kasih bebanyak2 kepada Zuraidah (adik bongsu En. Leman) yang susah payah menyediakan juadah pada malam tu... mmg sedap sehingga menjilat lidi...
Sebelum acara BBQ, bebudak ni gi bakar otak2 Kempas dulu... licin 50 btg.... sedap...
Alya ngan sepupu sepapat dia...
Acara bakar2 pun dah dimulakan.. Diketuai oleh Cik Li Alya.
Ayam, daging n udang2 inilah yang menjadi mangsa kami pada malam tu....
Sebulan bercuti cam tak cukup je.... apa kata next time kita balik 2 bulan lak... boleh kan En. Leman...he3x...
No comments:
Post a Comment