Thursday, October 1, 2009

Cerita Balik Kampung

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA tepat pada pukul 11.00 pagi pada 18/09/2009 disambut dengan hujan lebat dan kilat sambar menyambar. Bila sahaja kaki melangkah keluar dari pesawat rasa cam sebak gak. Cam tak caya je dah sampai Malaysai...... Syukur, Doa kami dimakbulkan, dapat gak kami beraya di tanah air.

Alya tak lelap tido sepanjang penerbangan tempoh hari. Asyik bertanya je, dah sampai ke belum.


Afia yang mulanya mengamuk kepenatan, akhirnya tertido dipangkuan abah sampai mendarat kat KLIA


Nasi ambang menyambut kepulangan kami semasa majlis berbuka puasa bersama seisi keluarga.

En. Leman mencuba skill menganyam ketupat. Jadi gak akhirnya, ingatkan dah lupa......


Sebahagian ketupat yang berjaya dianyam oleh En. Leman...


No comments: