Alhamdulillah, majlis akad nikah, bersanding, aqiqah dan cukur rambut telah dapat disempurnakan sepertimana yang telah dirancangkan. Inilah antara tujuan utama kami sekeluarga pulang ke Johor Bahru pada bulan lepas selain menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dapat gak aku tengok 2nd adik lelaki aku kawin… Cuma sedihnya majlis aqiqah dan cukur rambut Afia diadakan tanpa Abah bebudak ni sebab En. Leman terpaksa pulang ke Yanbu 2 hari sebelum majlis diadakan. Demi tugas… Tak apalah mungkin telah ditakdirkan begitu. Pe-pe pun majlis tetap berjalan dengan meriahnya dengan kehadiran jiran sekampung, sedara mara dan kekawan lama. Terima kasih semua yang sama-sama berganding bahu bergotong royong menjayakan majlis ini hingga selesai. Hanya Tuhan sahaja yang akan membalasnya. Amin.
3hb Oktober 2009 - Majlis Akad Nikah di Jelebu, Negeri Sembilan.
Rombongan Pak Hamzah ke Jelebu..
Bonda, Along n Az mengaminkan doa sebelum ke majlis akad nikah. Cam gigil je tangan Az...
Hantaran dari pihak lelaki hasil tangan bonda tercinta.
Senaskah al-quran dari Mekah... semoga menjadi panduan hidup, insyallah kekal bahagia ke anak cucu.
Manisan dari Arab... kurma, kismis dan appricot.
Dinikahkan oleh Pak Mertua sendiri. Ngan sekali lafaz je sah le Cik Az jadi suami org... Tahniah.
Pak Hamzah dok sebelah anak menantu pertamanya yg dah basi... En. Leman. hehehe
Welcome to our family Cik Gee.. siap le kena buli ngan anak sedara yg dua org ni...
Dah sah sebagai suami isteri. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.
4hb Oktober 2009. Majlis bersanding di Jelebu, Negeri Sembilan
Raja sehari. Tema merah di Jelebu
Antara jiran sekampung yang datang memeriahkan majlis.
(Gambar2 yg lain menyusul kemudian... ucu lupa anta le...)
Rombongan pengantin lelaki dari Johor Bahru. Family yang sentiasa meriah, gamat n sporting gitu. Miss u all..hehehe emosional lak...
Lepas ni cpt2 le timang baby. Penganti Alya n Afia buat penghibur atok n nenek.
9hb Oktober 2009. Majlis Cukur Rambut n Aqiqah Aina Afia
9hb Oktober 2009. Majlis Cukur Rambut n Aqiqah Aina Afia
Afia kena cukur ngan Ustaz Zul.. Abah tak de, ibu le kena dukung.
(Gambar2 yg lain menyusul kemudian... ucu lupa anta le...)
10hb Oktober 2009. Majlis menyambut menantu di Skudai.
Menantu baru disambut meriah ngan kompang dan bunga mangga.
No comments:
Post a Comment