Monday, October 26, 2009

Cobaannn...

Cobaann..ni betul2 cobaann... Mungkin tuhan ingin menduga... sabar tak kami semua. Pada 19/10/09 yg lalu, kapal terbang dari Senai ke KLIA yang sepatutnya berlepas pada pukul 8.50pagi telah ditunda kepada pukul 9.50 pagi dan Kapal terbang dari KLIA ke Jeddah yang sepatutnya berlepas pada pukul 3.20 petang telah ditunda kepada pukul 8.45 malam atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Puas gak lak kami berkampung di KLIA. Nasib baik le ramai member2 yang balik saing ngan aku ari tu... kalau tak ada yang balik ke JB semula... hehehe... Terima kasih bebanyak kepada Kak Ila dan Hj Sanusi sekeluarga, Mar n Abg Pie, Za dan Wan Azmi yang banyak membantu aku sekeluarga di KLIA hinggalah sampai ke Jeddah.. Dan terima kasih gaklah pada anak2 ibu, Alya n Afia yang tak banyak ragamnya masa flight delay ari tu.. Sampai je Jeddah, nampak muka En. Leman.. rasa nak nangis pun ada.. betul2 cobaan untuk aku.... Apa-apa pun, alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai ke Yanbu pada pukul 4.00 pagi wakty KSA pada 20/10/09. Suatu perjalanan yang sangat panjang...
Wajah2 ceria di pagi hari, nak balik Yanbu...

Alya n Kak Anis semasa di Senai airport.

Anak2 ibu yang tido keletihan di KLIA menunggu flight balik ke Jeddah untuk jumpa abah... Cian mereka ni...

Wajah keletihan Kak Ila, Alya dan Anis yang dah tumbang ... cobaaannnn

Saturday, October 17, 2009

Akad Nikah, Sanding, Aqiqah n Cukur Rambut

Alhamdulillah, majlis akad nikah, bersanding, aqiqah dan cukur rambut telah dapat disempurnakan sepertimana yang telah dirancangkan. Inilah antara tujuan utama kami sekeluarga pulang ke Johor Bahru pada bulan lepas selain menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dapat gak aku tengok 2nd adik lelaki aku kawin… Cuma sedihnya majlis aqiqah dan cukur rambut Afia diadakan tanpa Abah bebudak ni sebab En. Leman terpaksa pulang ke Yanbu 2 hari sebelum majlis diadakan. Demi tugas… Tak apalah mungkin telah ditakdirkan begitu. Pe-pe pun majlis tetap berjalan dengan meriahnya dengan kehadiran jiran sekampung, sedara mara dan kekawan lama. Terima kasih semua yang sama-sama berganding bahu bergotong royong menjayakan majlis ini hingga selesai. Hanya Tuhan sahaja yang akan membalasnya. Amin.


3hb Oktober 2009 - Majlis Akad Nikah di Jelebu, Negeri Sembilan.


Rombongan Pak Hamzah ke Jelebu..


Bonda, Along n Az mengaminkan doa sebelum ke majlis akad nikah. Cam gigil je tangan Az...


Hantaran dari pihak lelaki hasil tangan bonda tercinta.


Senaskah al-quran dari Mekah... semoga menjadi panduan hidup, insyallah kekal bahagia ke anak cucu.

Manisan dari Arab... kurma, kismis dan appricot.

Dinikahkan oleh Pak Mertua sendiri. Ngan sekali lafaz je sah le Cik Az jadi suami org... Tahniah.

Pak Hamzah dok sebelah anak menantu pertamanya yg dah basi... En. Leman. hehehe

Welcome to our family Cik Gee.. siap le kena buli ngan anak sedara yg dua org ni...

Dah sah sebagai suami isteri. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.




4hb Oktober 2009. Majlis bersanding di Jelebu, Negeri Sembilan

Raja sehari. Tema merah di Jelebu

Family aku bergambar ngan ahli keluarga baru...


Rombongan pengantin lelaki dari Johor Bahru. Family yang sentiasa meriah, gamat n sporting gitu. Miss u all..hehehe emosional lak...

Lepas ni cpt2 le timang baby. Penganti Alya n Afia buat penghibur atok n nenek.



9hb Oktober 2009. Majlis Cukur Rambut n Aqiqah Aina Afia

Afia kena cukur ngan Ustaz Zul.. Abah tak de, ibu le kena dukung.

Antara jiran sekampung yang datang memeriahkan majlis.

(Gambar2 yg lain menyusul kemudian... ucu lupa anta le...)


10hb Oktober 2009. Majlis menyambut menantu di Skudai.


Menantu baru disambut meriah ngan kompang dan bunga mangga.

Kuning oren tema di Skudai...

Orang2 kuat yang menjayakan majlis di Skudai...

Alhamdulillah atok n nenek sangat sihat semasa majlis menyambut cucu barunya.

Ceria selalu... walaupun tanpa suami disisi.. hehehe

Afia n Tok Alang... kita lumba ye.. siapa tumbuh rambut dulu...hehehe

Sebulan Di Malaya

Pejam celik, pejam celik rupa2 dah sebulan dah kami kat Malaysia ni. Nampak gayanya memang beraya sakan tahun ni, selain dapat jumpa semua sedara mara n kekawan, kami dapat gak makan n makan n makan n makan, bak kata adik ipar baru aku "tak sempat nak lapar, dah makan lagi". Takut lak aku nak timbang berat badan ni, tah brapa kg le naik. Tak pe le balik Yanbu nanti, berdiet le kita... Anyway, terasa puas sangat dapat balik kg kali ni, semua hajat dihati tertunai sudah.

Gambar raya kami.
Gambar raya family aku.
Gambar raya family belah mak.
Atok mendoakan kesejahteraan anak cucu cicit nyer di pagi raya..
Juadah pagi raya di rumah family En. Leman, S.g Tiram
Makan jangan tak makan... bersila rapat nampaknya En. Leman
Tertunai gak hajat di hati nak makan durian...
Bday Kak Alya yang ke 6... makan2 kat Remaja Uda je... balik umah baru potong kek

Kekawan seperantauan... berhari raya di Malaysia. Rasa2nyer skg ni Ema, Kak Nani n Kak Za dah balik Yanbu... Insyallah aku akan kembali ke Yanbu 19/10 ni...

Thursday, October 1, 2009

Cerita Balik Kampung

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA tepat pada pukul 11.00 pagi pada 18/09/2009 disambut dengan hujan lebat dan kilat sambar menyambar. Bila sahaja kaki melangkah keluar dari pesawat rasa cam sebak gak. Cam tak caya je dah sampai Malaysai...... Syukur, Doa kami dimakbulkan, dapat gak kami beraya di tanah air.

Alya tak lelap tido sepanjang penerbangan tempoh hari. Asyik bertanya je, dah sampai ke belum.


Afia yang mulanya mengamuk kepenatan, akhirnya tertido dipangkuan abah sampai mendarat kat KLIA


Nasi ambang menyambut kepulangan kami semasa majlis berbuka puasa bersama seisi keluarga.

En. Leman mencuba skill menganyam ketupat. Jadi gak akhirnya, ingatkan dah lupa......


Sebahagian ketupat yang berjaya dianyam oleh En. Leman...