Thursday, February 19, 2009

Jerawat

Kedudukan jerawat dan kaitannya dengan kesihatan badan kita.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


p/s: Dapat info ini dari member kat Johor Bahru. Betul atau tidak.... kurang pasti
lah pulak. Cuma untuk dikongsi bersama.

4 comments:

KAHERAH said...

Salam kak mas..

Bila duenye ye?sihat tak baby dan akak?

Masdihana Hamzah said...

salah erah.

alhamdulillah akak n baby dalam keadaan sihat2 je. due date akak awal bulan 5. doa2kan akak lak k.

Bila erah nak ke mari?

leman said...

Agak-agak, kalau jerawat dalam lubang idung tu, pasal apa eekk...!!?

Masdihana Hamzah said...

taik idung keras kot....