Saturday, December 13, 2008

Tetamu Allah


Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sekeluarga telah selamat mengerjakan rukun islam yang ke 5 pada minggu lalu. Memang tidakku duga akan menjadi tetamuNya secepat ini dan inilah yang dikatakan qada dan qadar Tuhan. Dialah sebaik-baik perancang buat hambaNya. Pada mulanya aku tidak berapa yakin untuk ke sana, lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang berbadan dua ini..... tapi kugagahi jua kerana itu bukan alasannya. Peluang keemasaan ini harus kurebut dengan segera dan alhamdulillah kami sekeluarga bersama rakan-rakan yang lain telah diberi kemudahan dan layanan VIP dari Allah s.w.t. Subhanallah, maha suci Allah.

Rakan-rakan yang banyak membantu.

Di kesempatan ini jua, jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tersayang di atas pemberian "Hadiah" yang teramat istimewa ini, juga sokongan dan pertolongan sebelum dan semasa ibadah haji kami. Terima kasih tidak terhingga jua buat rakan-rakan serombongan yang telah banyak menghulurkan pertolongan dan tunjuk ajar sepanjang kami sekeluarga di sana. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa dan budi baik anda. Moga-moga kita akan dianugerahkan dengan Haji yang Mabrur. Insyallah.

Buat keluarga dan teman-teman yang tidak dapat turut serta, terima kasih di atas doa dan sokongan semua. Insyallah suatu hari nanti, anda jua akan menerima jemputan sebagai tetamuNya. Amin.


5 comments:

Jamilah said...

Alhamdulillah.. selamat dan khalas semuanya kan..masih segar diingatan saat2 kat sana tu kan..

Masdihana Hamzah said...

Jika diikutkan kudrat, memang saat2 akhir tu dah tak larat dah nak berjalan, tapi mulut ni tak henti2 memohon tenaga tambahan dariNya. Dan syukur dimakbulkanNya. Alhamdulillah semuanya berkesudahan dgn baik n lancar sekali.

UmmuAkmal said...

assalamualaikum...slam perkenalan...saya tgk2 senarai blog2 yg ade kat saudi..terjumpa blog akk (takpe ke saya bahasakan akk ? )masyaallah tahniah dh selamat mengerjakan haji..tentu seronok kan...hehe...saya skrg di madinah...dkt jugalah dgn Haram madinah..ade tgk gamba akk sekuarga shopping kat al noor mall...bole la kita jumpa ye 1 hari nanti...dkt sgt dah tu dari umah saya..hehe

Masdihana Hamzah said...

salam perkenalan UmmuAkmal.

Terima kasih kerana singgah kat blog akak ni.

Dok kat madinah lagi seronak kan? bila2 masa je leh sembahyang kat masjid nabi. Insyallah, panjang umur kita jumpa di sana.

Keep in touch k.

yannfuad said...

alhamdulillah da bgelah hjh mas la lepas nie..
lama x dgr citer dr kak mas.. bile la agaknya tuan umah ni nk update ni.. camne ngan bby dlm perut..?musti da makin mbesar..
tahniah wat kak mas n s kecit alia kerana d beri peluang mjadi salah sorang tetamu-Nya...amin