Khemah-khemah yang dibina sepanjang pantai Yanbu.
Alya bersama basikal barunya.
Selain dari pantai, minggu lepas ada gak kami lepak2 kat Hyperpanda (shopping complex yang terbesar di Yanbu, tapi tak le sebesar Jusco Tebrau). Shopping2 n makan2. Kat sini ada Mc D n ais krim baskin robbins. Bolehlah.... ini kes dapur tak berasap le ari tu.... ibu cuti masak.
Hari cuti masak... gi Hyperpanda makan Mc D n aiskrim.
Hari Selasa lepas gak, aku gi buat 4th check up kat Al Ansari Specialist Hospital. Selain scan baby kat dalam perut, doktor gak check deyutan jantung baby, dap dup dap dup kedengaran bunyinya. Rupa-rupanya baby aku dah nak masuk 15 minggu dah... Alhamdulillah baby berada dalam keadaan sihat walafiat. Beginilah hendaknya sampai lahir nanti. Insyallah. Tanya gak doktor dah nampak lum jantinanya, "to early, cannot see", kata doktor. Aku tengok doktor n nurse kat sini friendly2 belaka, lepas check up masih sempat borak2 lagi.... so kat kekawan yang ada kat sini bolehlah mencuba tanpa was2.
Baby dah masuk 15 minggu
Hari Rabu tengahari, kami menghantar Hj. Fadzil ke Jedah airport. Beliau terpaksa pulang ke Malaysia setelah mendapat berita ayah beliau telah di masukkan ke wad ICU di Kuantan. Harap-harap semasa posts ni ditulis, ayah Hj Fadzil telah beransur pulih hendaknya. Insyallah. Trip ke Jeddah ari tu tak gi mana2. Lepas hantar Hj. Fadzil, terus balik Yanbu setelah menikmati makan malam termahal kami di airport..
Dan minggu lepas berkesudahan dengan kursus terakhir bagi bakal2 haji n hajah yang diadakan lepas solat asar semalam. Berbagai tunjuk ajar dan panduan berguna telah dikongsi bersama oleh ustaz yang didatangkan khas dari Madinah tu.... Selain dari kursus haji, ada agak jamuan minum petang n makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur dan juga tukang2 buat kuih yang expert seperti Mah ngan puding kiwinya, Imah ngan kek coklatnya dan Kak Ina ngan marble keknya... sedap2 belaka. Tq kekawan. Aku.... bawak kertas kosong n perut kosong je...hehehehe.