Al-fatihah buat nenek tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 14/5/2010 lebih kurang pada pukul 4 petang waktu Malaysia. Walaupun kami seisi keluarga tak pulang kerana faktor tempat dan masa, dengan izinNya aku telah berkesempatan menatap wajah terakhir nenek melalui webcam yahoo messenger dengan pertolongan adik bongsuku, Siti Nasuha. Tenang je wajah arwah, seperti sedang lena beradu. Hati ini tidaklah berapa ralat sangat kerana baru 2 bulan aku pulang ke Johor Bahru bertemu dengan arwah. Tidak diduga rupa2nya pertemuan itu adalah yang terakhir buat kami.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenek kesayanganku dan di tempatkan bersama2 orang yg solehah... insyallah..
Pertemuan 2 bulan yg lalu di majlis pertunangan adik bongsu, Siti Nasuha.
No comments:
Post a Comment