Thursday, November 12, 2009

Bila Anak2 Membesar Di Depan Mata....

Ada semacam suatu perasaan puas gitu bila aku pandang satu persatu anak-anak aku yang sedang membesar ini. Terutamanya Afia, yang aku hadap sedari merah lagi sehinggalah dah pandai menyiarap ini. Biarpun muka calar balar dan comot momot... tapi aku rasa bangga gitu sebab aku dah hampir berjaya membesarkan anak-anak aku dengan begitu sihat sekali tanpa banyak ragamnya.... dan yang pasti mereka ini comel2 belaka.... Alhamdulillah.
Ya Allah, Ya Tuhanku, panjangkan umurku dan berikanlah aku tenaga, kekuatan dan kesihatan yang baik supaya aku dapat terus membesarkan dan mendidik anak2ku sehingga menjadi anak2 yang solehah dan dapat berbakti kepada kedua orang tuanya dan agamanya. Amin...


Aina Alya dah 6 tahun dah... selalu berangan nak jadi princess..

Sedari kecil kami cuba melatih dia memakai tudung , semoga tidak kekok nanti bila dah baligh.. Doa ibu semoga akak menjadi anak yang solehah. Insyallah

Permata hatiku sayang, amanah dan hadiah yang tidak ternilai dari Allah s.w.t.


Semoga membesar menjadi anak2 yang solehah dan dapat mendoakan untuk ibu n abah bila kami dah kat sana nanti....


Kepala cover ngan tudung sbb kepala botak....... Tp bila besar kena pakai tudung betul2 tau.. Wajib.


Aina Afia nak masuk 7 bulan. Cepatnya masa berlalu...


Lepas meniarap nak belajar merangkak lak.... lepas ni belari lak k....


Masa untuk mandi.. dah senang dah nak mandikan Afia sekarang... meniarapkan je dia dlm bath tab dia ni...


Iklan jap... Afia ngan mak long dia yang sentiasa vogue gitu... still available... sapa berkenan sila anta resume kat Mak Yah Skudai or dlm comment box ni..hehehe jgn mare along.


No comments: