Monday, June 30, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pagi Sabtu lalu, aku telah berjanji dengan Alya untuk menghantar dia ke Skudai Parade, Skudai. Kat sana ada program Kembara Johor FM bersempena dengan Ulang Tahun RTM dengan kerjasama Skudai Parade dan Komuniti Bestari Kg Melayu Skudai. Pelbagai acara telah diaturkan dan salah satu daripadanya ialah peraduan mewarna bagi pelajar-pelajar peringkat tadika. Semangat betul Alya pagi ni. Seawal pukul 7.00 pagi lagi dia dah bangun dan mandi. Melihat Alya begitu bersemangat nak masuk peraduan mewarna, aku pun jadi semangat gak. Lebih kurang pukul 9.00 pagi dah sampai kat Skudai Parade. Pukul 10.00 pagi, acara mewarna pun bermula dan berakhir satu jam kemudian.



Sebelum acara mewarna bermula, posing jap kat atas stage.



Tepat pukul 10.00 pagi, acara mewarna pun bermula. Ramai gak yang masuk acara ni.

Asyik sekali Alya mewarna, sampai terbaring-baring

Inilah hasil nyer...mmmmm... not bad...

Dapat hadiah saguhati aje... Tak pe good try.

Meriah juga majlis hari ini. Bermacam-macam acara diadakan. Ada juga 3-4 orang DJ radio RTM yang turut serta memeriahkan majlis ni. Kalau tidak diperkenalkan, memang aku tak tahu they all ni DJ Radio. hehehe... jangan mare.

Habis je majlis tu lebih kurang pukul 1.30 tengahari, terus bawa Alya dan mak aku ke rumah Kak Ina (isteri Zuraili - tuan punya blog Villa Bayu) di Taman Rinting. Mereka jemput ke majlis makan-makan dan kenduri kesyukuran sempena penghijrahan mereka sekeluarga ke KSA pada 2/7/2008 ni. Selain dari memenuhi undangan mereka, tujuan ke sana juga untuk mengambil tiket kapal terbang dan barang yang dikirimkan suami melalui Zuraili.

Makan-makan kat rumah Kak Ina. Kelihatan di gambar, Kak Saliza dengan anak bujangnya duduk kat sebelah Alya.

Alya kekenyangan makan nasi ayam dengan puding keladi. mmmm.. yummy


Balik aje rumah nenek Alya, terus buka kotak merah yang suami kirim tu. Ada 2 helai abaya, beberapa jenis manisan dan 2 buah kapal terbang mainan. Cantik gak abaya yang suami belikan tu.. nasib baik muat bila dipakai...

Thursday, June 26, 2008

Suatu Pagi di Pasar Tiram


Pagi tadi lepas hantar Alya ke sekolah tadika lebih kurang pukul 8.30 pagi, terus aku tekan minyak bawa kereta menghala ke S.g Tiram, Ulu Tiram. Bukan nak balik kampung suami aku, tapi nak pergi Pasar Pagi. Lebih kurang 15 minit, sampailah aku kat Pasar Pagi ni. Ianya betul-betul kat simpang nak masuk kampung suami aku dan cuma dibuka pada hari Khamis pagi sahaja. Bukan kedai cuma khemah-khemah yang dipasang mengikut lorong yang disediakan. Kat Pasar Pagi ni macam-macam ada.... Kain ela, baju kurung dah siap, baju jubah, kain tudung pelbagai warna, t-shirt, barang-barang keperluan rumah, makanan, minuman dan macam-macam lagi lahhh... Kalau tak caya datang le minggu depan. Memang aku recommend shopping kat sini, harganya murah-murah. Kadang-kadang tu kalau aku pergi public holiday, kereta singapura yang penuh kat sini. Sanggup they all datang jauh-jauh ek.....
Semalam dah dapat berita dari suami aku, tiket kapal terbang dah confirm. Aku cuma ada masa lebih kurang sebulan aje untuk membuat persiapan. So, tujuan gi Pasar Pagi ni ingat nak teropong-teropong le kain-kain tudung yang sesuai untuk dibawa ke KSA. Tudung yang ada kat umah tu warnanya cerah-cerah semuanya mungkin tak sesuai dipakai kat sana kot. Baju jubah beli next week le. Budjet tak ada le hari ni.. hehehe



Inilah antara kedai tudung yang ada kat Pasar Pagi ni. Cantik-cantik semuanya.


Ini pula kedai baju yang dah siap seperti baju kurung, jubah dan blous perempuan. Harganya jauh lebih murah daripada kat Angsana. Kualiti nyer sama aje.


Sedang mata aku asyik melihat baju-baju yang bergantung-gantung tu, tiba-tiba terpandang akak ipar aku... akak kepada suami aku le... Terus aku ajak dia temankan aku ronda-ronda kat pasar pagi ni. Sampai naik lenguh kaki dia...

Kat kedai tudung ni le, kaki aku bagaikan digam. Mana tak nyer tudung cantik-cantik harganya cuma RM10.00 aje. Apa lagi borong le. Aku beli 4 helai, akak ipar aku beli 2 helai.

On the way nak gi car park, terpandang lak Mak Anjang aku (yg bawa kami bercuti ke Langkawi hari tu). Asyik betul dia pilih baju sampai aku snap gambar dia pun tak perasaan. Jauhnya dari Skudai ke Sg. Tiram shopping.

Ni le tudung yang aku beli pagi ni. 2 warna hitam, satu hijau dan satu putih.

To be continue next week... shopping le..

Tuesday, June 24, 2008

Urusan Visa Ke Yanbu, KSA

Semalam aku ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Kak Saliza (tuan punya blog Ummulamirul) dan Kak Ina (isteri tuan punya blog Villa Bayu). Lebih kurang pukul 7.00 pagi kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Avanza Kak Saliza. Sampai sana dalam pukul 11.30 pagi, terus pergi rumah Pak Uda kat Cheras amik cousin aku, Khairil. Kenalah bawa org yang expert jalan KL ni, kalau tak sesat le....
Mula-mula kami pergi Think Plus kat Damansara untuk collect pasport Kak Saliza sekeluarga. Lepas tu pegi Fire Star Sdn. Bhd kat Jalan Tun Razak (new agent) untuk submit pasport ngan medical report kami. Yellow slip dan translate document, hubby dah email kat company ni. Insyallah dalam masa 3-4 hari siaplah visa kami. Selesai semua urusan dalam pukul 3.00 petang, terus hantar cousin aku balik rumah dia. Lepas sembahyang ngan makan mee goreng, kami bertolak ke Putra Jaya untuk ambil pasport Kak Ina sekeluarga kat rumah adik ipar dia. Pasport ngan visa Kak Ina sekeluarga dah siap dan mereka dijangkakan berlepas ke Jeddah pada 2/7/2008. Setelah tersesat beberapa kali, barulah kami jumpa rumah adik ipar dia. Itu pun dengan bantuan adik Nabila, anak perempuan Kak Ina. Dan yg paling gelak sekali, masa kami nak balik ke Johor Bahru dalam pukul 6.00 petang, sekali lagi kami tersesat. Pusing punya pusing sampai nak termasuk kat rumah Pak Lah. Nasib baik tak kena tangkap ngan guard Pak Lah... Punya lah besar Putra Jaya tu ek... sampai tersesat-sesat.
Kami selamat sampai JB dalam pukul 11.30 malam. Masa tu anak Kak Saliza ngan anak Kak Ina dah lena tidur kat belakang, kepenatan agaknya. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Kalau tak de apa aral, bulan depan aku ngan Alya akan ke Yanbu, KSA. Insyallah dengan izin Allah s.w.t

p/s : kat kekawan yang masih mencari agent untuk submitkan yellow slip, visa application form, passports & medical check up ke Saudi Embassy KL boleh hubungi :

Puan Kamariah
Fire Star Sdn Bhd
Unit C-11-1B, Block C,
Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

HP No : 017-2233177

Ye ke.....

Duit RM50.00 kelihatan begitu besar bila dimasukkan ke kotak masjid , tapi begitu kecil bila dibawa ke Mid Valley (shopping).

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya untuk menonton “samarinda”.

Terasa betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya masa berlalu menonton wayang di panggung.

Susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdua atau bersolat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend atau girlfriend.

Betapa asyiknya sorakan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan tatakala bacaannya lama dan panjang.

Susah sangat baca Al-Quran satu Juzu, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun boleh habis ditelaah.

Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya keluar cepat.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

Saturday, June 21, 2008

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa
: SENYUM KAMBING
Maksudnya
: Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat



Kalau nak tgk THE ORIGINAL - SENYUM KAMBING,


Kat bawah ni



v
v
v
v
v
v
v
v


Macam ni.............

v
v





comel pulak kambing ni senyum..... kan ?
_,___

Antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan....

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Friday, June 20, 2008

Wednesday, June 18, 2008

Nasi Lemak, Kuih Karipap


Nasi lemak, kuih karipap. Mmmm..... sapa-sapa member kerja yang pernah rapat dengan aku mesti tahu kegemaran aku yang pelik ni. Tak tau le orang lain, ada tak makan nasi lemak dengan karipap. Selalunya makan nasi lemak dengan ayam goreng ke... dengan rendang ke... Tapi lain pulak dengan aku. Setiap kali bila tekak aku ni teringin nak makan nasi lemak, mesti aku tengok dulu kat kedai tu ada jual kuih karipap tak. Kalau dua-dua ni ada, aku on. Kalau makan nasi lemak tak de karipap, macam nasi lemak tanpa sambal lak gak.

Pagi tadi, keluar dari klinik ngan Alya, terpandang kat restorant sebelah klinik tu ada jual nasi lemak bungkus daun pisang. Kat sebelahnya ada lak karipap berinti kentang. Apa lagi bungkuslah... Balik rumah lepas beri Alya makan ubat, bersilalah aku makan nasi lemak, berlaukkan karipap.... Alhamdulillah rezeki yang Allah beri untuk hari ini. Mmmmm........ yummy.
p/s: kawan-kawan semua, ada juga ke makanan kegemaran yang pelik-pelik... kongsi le....

Alya demam... cian dia





Pagi ni bila aku nak kejutkan Alya pergi sekolah, badan dia panas semacam aje. Alya demamlah. Cian dia. Cari ubat kat dalam peti ais, tak adalah pulak. Jam baru pukul 8.00 pagi, klinik belum buka lagi. Alya merengek-rengek nak pergi sekolah gak. Lepas pujuk-pujuk barulah dia nak ponteng hari ini. Masa tengah lap-lapkan dia, Alya beritahu dia demam rindu, rindu kat abah dia. Alamak, cam mana ni. Bila dia nampak aje kain pelekat abah dia kat kepala katil dia terus amik dan berselimut ngan kain pelekat tu. Dalam pukul 9.30 pagi baru aku bawa dia ke klinik. Masa aku taip post ni, Alya tengah tidur, lepas makan ubat. Cian Alya.



Semalam aku dah pergi ambil medical report kami kat Hospital Penawar. Masa nak ambil result tu, rasa macam nak ambil result SPM lah pulak perasaannya, berdebar-debar. Takut gak mana lah tahu something wrong some where.... Alhamdulillah nurse beritahu aku, result kami ok. Kami sihat. Syukur ke hadrat Ilahi. Dah dapat medical report ni, maybe minggu depan aku ngan Kak Liza akan ke Kuala Lumpur untuk submit document-docement kat agent yang akan siapkan visa kami. Bila suami dah dapat yellow slip kami, agent ni akan hantar medical report ngan pasport kami ke Kedutaan Arab Saudi. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Cian Alya sampai demam rindu kat abah nyer. Kangan sangat le tu... Mak nyer ok lagi....heheheh......


Thursday, June 12, 2008

Ciptaan Tuhan


Tasik Dayang Bunting, Langkawi. Jika ditenung lama-lama, kelihatan tubuh seorang perempuan yang sedang sarat mengandung.



Gunung Mat Cingcang, Langkawi. Nampak tak muka Mat Cingcang tu. Macam handsome je..

Wednesday, June 11, 2008

Dialog : Manusia, Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh? letihnya ari ni...tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Wassalam.. ...

Cuti dah tamat, sesi persekolahan bermula.

Salam Semua.
Alhamdulillah percutian yang dirancang berjalan dengan lancar dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Cuaca di Langkawi juga sangat baik, tidak terlalu panas dan hujan turun hanya 2-3 kali sahaja semasa kami di sana. Sepanjang percutian yang lalu, kesihatan Alya sentiasa aku pantau. Ubat demam dan selsema juga aku bawa sebagai bekalan. Alhamdulillah Alya sihat walaupun hari-hari aku hayak dia ke sana ke mari. Di kesempatan ini juga, jutaan terima kasih ditujukan khas buat Mak Anjangku, Puan Zahariah Bt. Hj. Md Din yang merancang percutian ini dan mengambil berat kebajikan kami semua walaupun beliau sibuk dengan tugasan di sana. Thanks a lot. Love u.....

Hari isnin yang lalu, sesi persekolahan bermula. Semalam ujian dijalankan bagai kanak-kanak tadika At- Tasneem. Risik-risik gak kat cikgu Alya, dapat tak Alya menjawab kertas ujiannya. Alhamdulillah cikgu Alya memberikan feed-back yang sangat baik. Alya adalah salah seorang pelajar yang agak cemerlang dan aktif di sekolahnya. Mudah-mudahan berpanjangan hingga ke alam persekolahan yang sebenar nanti.
Proses penghijrahan kami 2 beranak ke Yanbu sedang rancak diuruskan oleh suami. Visa kami dah submit kat sana. Mungkin dua tiga minggu ni keluarlah yellow slipnya. Rumah sewa pun dah dapat, tunggu nak sign contract ngan bayar rental aje. Hari khamis yang lalu, kami juga dah buat medical check up di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Doa-doa semoga resultnya nanti OK. Thanks to Kak Shaliza yang recommend kami kat hospital tu. Dapat 20% discount lagi. Insyallah bila result kami dah dapat nanti, kita gi KL sama-sama ambil pasport akak ya. Moga-moga proses penghijrahan ini berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. mmmm.... dah rindu sangat kat orang sana. hehehe..