Sunday, July 18, 2010

Pindah lagi....

Ini adalah kali ke 2 kami berpindah rumah dan rumah yg ketiga kami duduki sepanjang 2 th tinggal di Yanbu ni. Tidak seperti 2 rumah yang terdahulu, kali ni kami terpaksa berpindah ke cabin house di kawasan perumahan yang telah disediakan oleh company tempat suami bekerja.

Memula tu hati cam berat dan risau je bila suami memberitahu bahawa kami terpaksa berpindah ke rumah cabin ini atas sebab2 yang tertentu. Risau kerana tak tau macam mana le rupa rumah cabin ni. Tp bila suatu hari tu suami ajak pergi meninjau2 dulu, hati terus suka dan terpikat bak kata perpatah cinta pandang pertama gitu. Rumahnya lebih selesa, lengkap dan kawasan persekitaranya sangat bersih, terbuka n sedikit bebas. Hari tu juga terus kami memilih lokasi rumah dan 3 hari kemudian kami terus angkut barang sikit2 berpindah masuk ke rumah cabin ni. Mudah2an keputusan yang dibuat ini adalah yg terbaik utk keluarga kami dan moga2 keluarga kami sentiasa didalam lindunganNya. Insyallah.

Beginilah rupanya Yansab cabin house. Dan rumah kami di hadapan sekali.

Swimming pool n gym kat depan rumah je dan masuk adalah percuma. Kalau tak kurus gak tak tau le....he3x

Ruang tamu pertama untuk tetamu lelaki.

Pintu masuk kedua dan ruang tamu kedua untuk tetamu perempuan.

Ruang makan.

Bilik Alya n Afia.


Dapur yg serba lengkap. Tu yg buat hati terus terpikat...