Sunday, October 31, 2010

Tetamu Allah....Haji 2010

Syukur Alhamdulillah, Pada th ini Mak, Abah, Mak Uda n Pak Uda telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Destinasi pertama mereka ialah ke Kota Madinah bagi mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w selama lebih kurang 10 hari. Kemudian barulah mereka berangkat ke Kota Mekah n seterusnya ke Mina, Arafah n Mudzalifah. Pak Uda n Mak Uda berangkat pada 12/10/2010 dari KLIA dan diikuti oleh Mak n Abah pada 24/10/2010 dari Senai Johor.
Dengan izinNya jua, kami seisi keluarga telah dapat bertemu umpama jejak kasih gitu di Madinah. Alhamdulillah melihat wajah2 mereka yg gembira ceria dan sihat2 itu, hati ini merasa sedikit lega... maklumlah mereka berada di tengah2 lautan manusia drpd seluruh pelusuk dunia. Semoga mereka berempat diberi kemudahan, kekuatan, tenaga dan kesihatan yg baik sepanjang mereka di sini dan dianugerahkan dengan haji yg mabrur. Insyallah.
Ini ialah antara kenangan2 indah bersama mereka di Madinah yg sempat kami rakamkan..

Masjid Nabawi

Masjid Qubaa

Masjid Qiblatain












Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak


Sempena Bulan yg mulia ini
saya mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
sekiranya saya ada tersilap kata dan terkasar bahasa
selama mengenali diri ini
dan minta dihalalkan barang yg terambil & termakan ...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Maaf Zahir & Batin
Dari
Kami Sekeluarga
di Yanbu, Arab Saudi
.

Thursday, September 2, 2010

Atok n Nenek timang cucu lg...

Alhamdulillah semalam 1/9/2010 bersamaan dgn 22 Ramadhan 1431 H, adik ipar aku yg kedua telah selamat melahirkan puteri sulungnya, Nur Izz Zayani bte Muhammad Azham di PPUKM Kuala Lumpur.. Baby girl ini merupakan cucu ketiga dalam keluarga En. Hamzah dan Puan Maziah dan merupakan anak sedara aku yg pertama dalam keluarga ini. Nampaknya gaya 3-0 arr.... 3 untuk nenek dan 0 untuk atok. Nenek dah ada 3 org cucu perempuan tolong kat dapur, atok belum ada lg cucu lelaki tolong cangkul kat belakang umah....he3x. Semoga kelahiran Nur Izz Zayani ini menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan dlm keluarga Atok Hamzah dan Nenek Maziah... insyallah.
Muka Nur Izz Zayani cam muka daddy dia kot... mesti dia manja kat daddy ni.... he3x
Semoga Nur Izz Zayani menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat kelak

Sunday, August 22, 2010

Salam Ramadhan.....



Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Khas buat kaum keluarga, sahabat handai
serta semua umat islam di mana jua berada.
Maaf zahir dan batin.
Moga Dirahmati Illahi
.

Sabda Nabi Muhammad saw:

"Apabila datang ramadhan,

dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka

syaitan dibelenggu/dirantai".

(bukhari & muslim).


Masjidil Haram di bulan ramadhan...

Sunday, August 8, 2010

Afia dah jalan...

Alhamdulillah dalam usia Aina Afia setahun 4 bulan, dia dah pandai berjalan. Tak pe le anakku, biar lambat asalkan selamat. Mula2 tu jalan jatuh, jalan jatuh dan skg ni dah stabil dah cam nak mula berlari lak.... Bila dah pandai berjalan ni, br le ibu kuarkan koleksi skirt2 yg telah disimpan lama. he3x...comelnya Afia pakai skirt.
Ayu gitu anak ibu pakai gaun...he3x
Model si cilik..
Akak n adik...
Try baju raya th 2010... br sampai dr KL. TQ Cikgu Hana. Cantikkkk.
Suruh posing.... Afia mmg no.1
Jalan kedek2 cam itik pulang petang.....he3x
Kita minum dulu.....
Nak ikut jejak ibu gak ke... main netball.

Adussss.... ni hobi Afia yg sangat2 bahaya.

Belajar rajin2 wahai anakku.. esok beso jd masuk U. insyallah


Afia mmg pengikut setia Alya. Apa yg akak buat mesti adik nak buat gak...

Solehahnya anak2 ibu ni

Adik oiiii... nak solat jgn isap puting. he3x

Sunday, July 18, 2010

Pindah lagi....

Ini adalah kali ke 2 kami berpindah rumah dan rumah yg ketiga kami duduki sepanjang 2 th tinggal di Yanbu ni. Tidak seperti 2 rumah yang terdahulu, kali ni kami terpaksa berpindah ke cabin house di kawasan perumahan yang telah disediakan oleh company tempat suami bekerja.

Memula tu hati cam berat dan risau je bila suami memberitahu bahawa kami terpaksa berpindah ke rumah cabin ini atas sebab2 yang tertentu. Risau kerana tak tau macam mana le rupa rumah cabin ni. Tp bila suatu hari tu suami ajak pergi meninjau2 dulu, hati terus suka dan terpikat bak kata perpatah cinta pandang pertama gitu. Rumahnya lebih selesa, lengkap dan kawasan persekitaranya sangat bersih, terbuka n sedikit bebas. Hari tu juga terus kami memilih lokasi rumah dan 3 hari kemudian kami terus angkut barang sikit2 berpindah masuk ke rumah cabin ni. Mudah2an keputusan yang dibuat ini adalah yg terbaik utk keluarga kami dan moga2 keluarga kami sentiasa didalam lindunganNya. Insyallah.

Beginilah rupanya Yansab cabin house. Dan rumah kami di hadapan sekali.

Swimming pool n gym kat depan rumah je dan masuk adalah percuma. Kalau tak kurus gak tak tau le....he3x

Ruang tamu pertama untuk tetamu lelaki.

Pintu masuk kedua dan ruang tamu kedua untuk tetamu perempuan.

Ruang makan.

Bilik Alya n Afia.


Dapur yg serba lengkap. Tu yg buat hati terus terpikat...

Sunday, June 20, 2010

Kindergarten Graduation

Alhamdulillah, finally Alya dah graduate setelah 3 tahun dok belajar kat Kindergarten. Acara graduation kat sekolah Alya telah pun berlangsung pada 13/6/2010 dalam satu majlis yg amat ringkas tp sungguh meriah. Insyallah, Alya akan mula belajar kat Grade 1 pada bulan September nanti di sekolah yg sama iaitu Yanbu International School. Kalau kat Msia ni, Alya dah start darjah satu pada bulan Januari lps, tp kat sini terlambat 9 bulan. Apa2 pun ibu sangat bangga melihat perkembangan yg amat positif yg Alya telah tunjukkan selama 3 tahun belajar kat Kindergarten ni. Mudah2an dewasa nanti Alya dapat pakai baju n topi konvokesyen yg betul2 cam Ucu dia.. insyallah.


Terima cert. dr principal YIS, Mr. Thompson

Baju konvo olok2....insyallah nanti yg betul2nyer lak

Graduan cilik.

Family foto selepas acara bersama ngan form teacher Alya, Miss Salwa

Tengah wat concert ngan kawan2 kelas

View dr bawah stage.

Terhibur gak menonton concert si cilik ni... very2 talented

Alya ngan baju Hawaii dia... dah cam anak dara dah..

Tengah bagi speech special thanks kat cikgu computer dia. Thumbs up, berani anak ibu ni.

Candle on the water... dr Students KG YIS.