Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak


Sempena Bulan yg mulia ini
saya mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
sekiranya saya ada tersilap kata dan terkasar bahasa
selama mengenali diri ini
dan minta dihalalkan barang yg terambil & termakan ...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Maaf Zahir & Batin
Dari
Kami Sekeluarga
di Yanbu, Arab Saudi
.

Thursday, September 2, 2010

Atok n Nenek timang cucu lg...

Alhamdulillah semalam 1/9/2010 bersamaan dgn 22 Ramadhan 1431 H, adik ipar aku yg kedua telah selamat melahirkan puteri sulungnya, Nur Izz Zayani bte Muhammad Azham di PPUKM Kuala Lumpur.. Baby girl ini merupakan cucu ketiga dalam keluarga En. Hamzah dan Puan Maziah dan merupakan anak sedara aku yg pertama dalam keluarga ini. Nampaknya gaya 3-0 arr.... 3 untuk nenek dan 0 untuk atok. Nenek dah ada 3 org cucu perempuan tolong kat dapur, atok belum ada lg cucu lelaki tolong cangkul kat belakang umah....he3x. Semoga kelahiran Nur Izz Zayani ini menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan dlm keluarga Atok Hamzah dan Nenek Maziah... insyallah.
Muka Nur Izz Zayani cam muka daddy dia kot... mesti dia manja kat daddy ni.... he3x
Semoga Nur Izz Zayani menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat kelak

Sunday, August 22, 2010

Salam Ramadhan.....



Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Khas buat kaum keluarga, sahabat handai
serta semua umat islam di mana jua berada.
Maaf zahir dan batin.
Moga Dirahmati Illahi
.

Sabda Nabi Muhammad saw:

"Apabila datang ramadhan,

dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka

syaitan dibelenggu/dirantai".

(bukhari & muslim).


Masjidil Haram di bulan ramadhan...

Sunday, August 8, 2010

Afia dah jalan...

Alhamdulillah dalam usia Aina Afia setahun 4 bulan, dia dah pandai berjalan. Tak pe le anakku, biar lambat asalkan selamat. Mula2 tu jalan jatuh, jalan jatuh dan skg ni dah stabil dah cam nak mula berlari lak.... Bila dah pandai berjalan ni, br le ibu kuarkan koleksi skirt2 yg telah disimpan lama. he3x...comelnya Afia pakai skirt.
Ayu gitu anak ibu pakai gaun...he3x
Model si cilik..
Akak n adik...
Try baju raya th 2010... br sampai dr KL. TQ Cikgu Hana. Cantikkkk.
Suruh posing.... Afia mmg no.1
Jalan kedek2 cam itik pulang petang.....he3x
Kita minum dulu.....
Nak ikut jejak ibu gak ke... main netball.

Adussss.... ni hobi Afia yg sangat2 bahaya.

Belajar rajin2 wahai anakku.. esok beso jd masuk U. insyallah


Afia mmg pengikut setia Alya. Apa yg akak buat mesti adik nak buat gak...

Solehahnya anak2 ibu ni

Adik oiiii... nak solat jgn isap puting. he3x

Sunday, July 18, 2010

Pindah lagi....

Ini adalah kali ke 2 kami berpindah rumah dan rumah yg ketiga kami duduki sepanjang 2 th tinggal di Yanbu ni. Tidak seperti 2 rumah yang terdahulu, kali ni kami terpaksa berpindah ke cabin house di kawasan perumahan yang telah disediakan oleh company tempat suami bekerja.

Memula tu hati cam berat dan risau je bila suami memberitahu bahawa kami terpaksa berpindah ke rumah cabin ini atas sebab2 yang tertentu. Risau kerana tak tau macam mana le rupa rumah cabin ni. Tp bila suatu hari tu suami ajak pergi meninjau2 dulu, hati terus suka dan terpikat bak kata perpatah cinta pandang pertama gitu. Rumahnya lebih selesa, lengkap dan kawasan persekitaranya sangat bersih, terbuka n sedikit bebas. Hari tu juga terus kami memilih lokasi rumah dan 3 hari kemudian kami terus angkut barang sikit2 berpindah masuk ke rumah cabin ni. Mudah2an keputusan yang dibuat ini adalah yg terbaik utk keluarga kami dan moga2 keluarga kami sentiasa didalam lindunganNya. Insyallah.

Beginilah rupanya Yansab cabin house. Dan rumah kami di hadapan sekali.

Swimming pool n gym kat depan rumah je dan masuk adalah percuma. Kalau tak kurus gak tak tau le....he3x

Ruang tamu pertama untuk tetamu lelaki.

Pintu masuk kedua dan ruang tamu kedua untuk tetamu perempuan.

Ruang makan.

Bilik Alya n Afia.


Dapur yg serba lengkap. Tu yg buat hati terus terpikat...

Sunday, June 20, 2010

Kindergarten Graduation

Alhamdulillah, finally Alya dah graduate setelah 3 tahun dok belajar kat Kindergarten. Acara graduation kat sekolah Alya telah pun berlangsung pada 13/6/2010 dalam satu majlis yg amat ringkas tp sungguh meriah. Insyallah, Alya akan mula belajar kat Grade 1 pada bulan September nanti di sekolah yg sama iaitu Yanbu International School. Kalau kat Msia ni, Alya dah start darjah satu pada bulan Januari lps, tp kat sini terlambat 9 bulan. Apa2 pun ibu sangat bangga melihat perkembangan yg amat positif yg Alya telah tunjukkan selama 3 tahun belajar kat Kindergarten ni. Mudah2an dewasa nanti Alya dapat pakai baju n topi konvokesyen yg betul2 cam Ucu dia.. insyallah.


Terima cert. dr principal YIS, Mr. Thompson

Baju konvo olok2....insyallah nanti yg betul2nyer lak

Graduan cilik.

Family foto selepas acara bersama ngan form teacher Alya, Miss Salwa

Tengah wat concert ngan kawan2 kelas

View dr bawah stage.

Terhibur gak menonton concert si cilik ni... very2 talented

Alya ngan baju Hawaii dia... dah cam anak dara dah..

Tengah bagi speech special thanks kat cikgu computer dia. Thumbs up, berani anak ibu ni.

Candle on the water... dr Students KG YIS.

Saturday, May 29, 2010

Nenek Dalam Kenangan..

Al-fatihah buat nenek tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 14/5/2010 lebih kurang pada pukul 4 petang waktu Malaysia. Walaupun kami seisi keluarga tak pulang kerana faktor tempat dan masa, dengan izinNya aku telah berkesempatan menatap wajah terakhir nenek melalui webcam yahoo messenger dengan pertolongan adik bongsuku, Siti Nasuha. Tenang je wajah arwah, seperti sedang lena beradu. Hati ini tidaklah berapa ralat sangat kerana baru 2 bulan aku pulang ke Johor Bahru bertemu dengan arwah. Tidak diduga rupa2nya pertemuan itu adalah yang terakhir buat kami.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenek kesayanganku dan di tempatkan bersama2 orang yg solehah... insyallah..

Pertemuan 2 bulan yg lalu di majlis pertunangan adik bongsu, Siti Nasuha.

Monday, May 17, 2010

Aktiviti kat Yanbu.

Dah sebulan lebih dah aku dan family balik semula ke Yanbu setelah bercuti selama sebulan kat Malaysia. Alhamdulillah semenjak balik dr Msia ari tu, kami sekeluarga berada di dalam keadaan sihat walafiat dan semuanya dah back to normal dah. En. Leman dah pi kerja dan Alya pun dah pi sekolah seperti sediakala.... Aku n Afia cam biasa le dok kat umah, makan tido main....he3x..
Dalam masa sebulan ni gak dah macam2 aktiviti yg dianjurkan oleh teman2 kami joint... Alhamdulillah panjang umur dapat lg berjumpa dan berkumpul semula seperti satu keluarga. Buat kekawan yg sudi menjemput kami bagi mengamatkan lg suasana, terima kasih bebanyak.. lain kali jemput2 le kami lg....he3x
Antara aktiviti2 yg telah diadakan sepanjang akhir bulan lepas n bulan ini ialah:

1) Taklimat AMAN Palestin oleh Dr Zainur Rashid dan kutipan derma di Al Oyun Yanbu

Group foto selepas majlis taklimat tamat.

2) Berkelah di tepi laut merah.

Kebiruaan laut merah yg sungguh indah sekali. Subhanallah...maha suci Allah yg menciptakan keindahan ini.

Matahari yg hampir terbenam... sungguh mempesonakan.. cantik.... sama cantik ngan model2 tu

Relex dan santai sambil menikmati hembusan angin di tepi pantai

Tu dia.... macam2 ada... makan2 sambil borak2. Tak sedar dah 3 kali tambah...he3x

Comelllllnyer....

Apa lee si Alya ngan kekawan tengok dlm baldi tu...?

Oh sotong n ketam... tu dia hasil tangkapan kaum bapa pada malam tu....3 ekor je ke...

3) Kelas memasak kat Rumah Hajah Suhaida Muda. Resepinya keropok lekor n Laksam Terengganu.


Anak-anak murid yg sedang kusyuk mendengar Cikgu Sains Rumahtangga mengajar...

Tu dia... Cikgu Hjh Suhaida Muda tengah mengajar cara2 membuat laksam... (mmg Kak Da ni cikgu masa kat Msia)

Inilah rupanya keropok lekor pada malam tu... Tq bebyk atas perkongsian ini..alhamdulillah dah 2 kali buat selepas kelas ni... En. Leman suka bebenor makan keropok lekor ni...

Laksam- salah satu makanan kegemaran org terengganu.. mmg sedapppp

4) Kelas memasak kat Rumah aku. Resepinya Sambal goreng jawa n cara2 buat nasi ambang.

Nilah rupanya sambal goreng jawa yg aku kongsi resepi ngan kekawan kat sini. Resepi ni dr family En. Leman.... Senang dan sedappp

Sedulang nasi ambang, makanan org jawa. Cara2 mengambang ni pun aku cari kat dlm interet... maklumlah aku ni jawa dah cair gituuuu

Sedulag nasi ambang yg hampir licin...

Antara kekawan yg sudi datang mengamatkan suasana.


Alya n the gang...
Nasi ambang bungkus - door gift buat kekawan yg sudi datang...(bukan utk dijual..)
5)Majlis ilmu dan soal jawab agama bersama Ustaz Aziz (student dr Madinan) kat laman rumah.
6)Relex2 n bersantai kat Taman RC bersama kekawan.

Alya n kekawan...suka sgt gambo ni (credit buat Aisyah)

Lepak santai sambil menghirup udara petang

Borak2 n makan2...

Alya n Aisyah (boleh masuk iklan gigi cam ni....)

Si comel yg comottt...
P/s : Kebanyakan gambar2 ni diambil dr facebook Masdihana Hamzah yg telah ditag oleh tuan empunyanya. Harap izinkan utk di publis kat blog ni... Tq.