Wednesday, August 6, 2008

Belum cuba, belum tau.......


Ini gambar benih pokok serai, lengkuas dan daun kunyit yang aku bawak dari Johor Bahru. Mak aku yang tolong semaikannya. Terlupa lak aku nak bawak daun pandan sekali. Masak nasi lemak tak bau pandan le... Rasa-rasanya mereka-mereka ni boleh hidup tak kat sini.? Mmmmm.... cubalah tanam dulu.
Susah juga nak dapatkan tanah kat sini. Tanah dan pasu besar ni pun belas ihsan dari Kak Ina. Dua pasu kecik tu aku beli kat Panda hypermarket made in Malaysia lagi. Pokok-pokok ni aku jaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Diletakkan di tempat special lagi. Harap-harap menjadilah tanaman aku ni. Ianya bahan penting untuk aku buat rendang menjelang hari raya nanti. Kalau tak de, tak rasa rendang le. Bila sebut raya sedih lak.. huhuhu.. Kalau tak menjadi gak, terpaksalah aku minta belas ihsan dari Kak Saliza (ummulamirul). Kat rumah dia dah siap ditanam dengan serai dan daun limau purut. Mungkin ditanam oleh orang dulu yang tinggal kat rumah tu. Untungnya dia. Yang lain-lain tu kalau nak juga, kenalah cari kat kedai orang Indonesia di Jeddah. Itupun tengok nasib kot.
Anyway, tak salah mencubakan. Belum cuba, belum tau.. betul takkkk?

Tuesday, August 5, 2008

Destinasi Pertama : Jeddah



Hari Khamis yang lalu, 30/7/2008, kami ke Jeddah bersama Hj Fadzil (jiran kami) dan Kak Ina sekeluarga. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari Yanbu dengan menaiki 2 buah kereta. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 3 1/2 jam tu, yang nampak hanyalah tanah rata, bangunan-bangunan rumah dan kawasan ternakan unta sahaja. Tapi yang pasti kat sini tak ada R&R. So, kalau rasa nak terkucil tu kenalah tahan sampai jumpa stesen minyak (pengalamanku). Bersarapan pun di bawah jambatan je dengan menikmati mee hoon goreng dan ayam goreng yang disediakan oleh Kak Ina. Thanks Kak Ina.

Dalam pukul 11.30 pagi, sampailah kami di Jeddah. First sekali kami pergi ke Ikea. Besar juga Ikea kat Jeddah ni. Macam kat KL je. Shoppinglah sikit barang-barang rumah. Tengah-tengah shopping tu, tetiba ada pengumuman masuknya waktu zohor dan semua kaunter akan ditutup buat sementara waktu. hehehe.. sesuatu yang baru buat aku. Kami pun berhenti shopping sekejap dan solat zohor.

Lepas tu kami ke pantai Laut Merah di Jeddah. Terpandang sekumpulan Pak Arab tengah memancing. Terliur sekejap suami aku. Gian nak memancing le tu. Sempatlah Alya dan anak-anak Kak Ina main kat tepi pantai. Kat situ juga ada disediakan tempat permainan kanak-kanak. Bersih dan teratur.

Last sekali kami ke salah satu mall di Jeddah. Masa kami sampai di situ, waktu solat Asar. So, semua kedai tutup. Lebih kurang 1/2 jam barulah semua kedai beroperasi semula. Shoppinglah juga kat situ. Aku beli abaya pertamaku. Sambar 2 helai lagi.

Lebih kurang pukul 6.00 petang, kami satu kereta sahaja yang balik ke Yanbu. Kak Ina sekeluarga stay satu malam lagi. Nak shopping lagi le tu... Lewat malam baru kami sampai di Yanbu. Letihlah juga......


Monday, August 4, 2008

Seminggu di Yanbu, KSA


Dalam masa seminggu kami disini, banyak juga tempat sudah kami tinjau. Adjust time dan mata cuma dua tiga hari sahaja. Lepas tu dah boleh jalan-jalan keliling Yanbu ikut family Kak Ina. Mmmm..... Dua beranak ni memang dah kaki jalan. Nak buat macam mana. Duduk rumah macam panas je..... Layankan je le abah ooiiii....

Sunday, August 3, 2008

Rumah Di Yanbu, KSA.



First time masuk ke rumah ni, terkedu sekejap. Bukan apa, ingatkan keluar dari rumah kat Bukit Jaya, Ulu Tiram dapatlah lari dari rumah yang bertangga-tangga. Sekali tu... masuk je kat dalam rumah ni.... alamak!! bukannya tak ada tangga tapi ditambah lagi bilangan tangganya. Hehehe... En. Leman saya ni agaknya memang suka rumah yang bertangga kot. Bukan complain tapi sekadar bercerita. Jangan marah cik abang oii... Kuruslah nampaknya macam ni. Ye ke!!!

Rumah ni memang cute. Kurus tinggi, tiga tingkat. Di tingkat bawah sekali ialah ruang tamu dan ruang makan. Tingkat dua ialah dapur sahaja dan tingkat tiga ialah ruang tamu (yang telah diconvertkan ke bilik Alya) dan master bed room. Kira sesuailah dengan keluarga kecil macam kami ni. Bab nak mengemas.... nanti ku fikirkan macam mana.

Rumah tanpa bumbung. Memang susah nak cari rumah yang ada bumbung kat sini.

Pintu kiri ke rumah kami dan pintu kanan ke rumah Hj. Fadzil.

Ruang tamu. Masih kosong tanpa perabut. Rasa macam baru kahwin lak. Langsir tu tiada dijual di mana-mana kedai langsir.

Ruang makan dan sebahagian daripada tangga yang harus ku daki dan ku turuni setiap hari.

Dapur di tingkat dua.

Bilik tamu di tingkat tiga yang telah diconvertkan ke bilik Alya. Katilnya belum order lagi.

Jejak Kasih


Setelah hampir 3 bulan mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan kembali di King of Abdul Aziz International Airport pada 23/7/2008 yang lalu. Dipertemuan itu mereka saling berpeluk-pelukan dan berdukung-dukungan lagi.... (Macam cerita jejak kasih kat TV pula).
Bila dah jumpa ni, macam belangkaslah pula. Ke mana sahaja abah dia pergi, mesti Alya nak ikut. Sampai abah dia nak pergi toilet pun Alya nak ikut juga. Mmmmmm........... manja betul. Sememangnya dua beranak ni kamcing semenjak Alya lahir lagi. Anak abah le katakan......

Perjalanan ini

Kingdom of Saudi Arabia (KSA)

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua.
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, kami telah selamat menjejakkan kaki di bumi KSA pada 23/7/2008, lebih kurang pada pukul 6.45 petang. Tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang penerbangan itu.
Segala urusan memasuki negara ini berjalan dengan lancar cuma di bahagian cop pasport je, Pak Arab tu tanya beberapa soalan. Dia cakap arab da... Nasib baik ada Kak Zubaidah yang kami kenali semasa menaiki bas menuju ke Jeddah Airport. Dialah yang menjadi translaternya. Kemudian di bahagian luggage, beg terakhir kami keluar agak lambat sedikit berbanding dengan 2 beg yang lain. Lebih kurang 45 minit menunggu, barulah beg tu muncul
Keluar sahaja di balai ketibaan pada pukul 8.30 malam, suami dah ada menunggu bersama dengan Hj. Fadzil. Bila terlihat sahaja wajah suami, perasaan bimbang dan takut sejak dari tanah air hilang serta merta. Ya lah... kami datang dua beranak je.... Bimbang ada... takut pun ada...
Selepas solat isyak, perjalanan diteruskan lagi dari Jeddah ke Yanbu dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Hj. Fadzil. Ianya mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam untuk sampai ke rumah kami. Macam JB-KL je. Akhirnya, pada pukul 12.30 malam, kami telah selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Syukur ke hadrat Ilahi. Memang perjalanan ini memenatkan tetapi mengembirakan kerana keluargaku kini bersatu kembali.
Buat Kak Zubaidah yang bertugas di hospital Tabuk, KSA terima kasih yang tidak terhingga atas pertolongan yang diberikan. Budi baik akak tidak akan saya lupakan. Thank you very much.
Buat kaum keluarga dan teman-teman semua, terima kasih kerana sama-sama mendoakan perjalanan kami ini. Semoga Allah s.w.t memberkati hidup kita semua. Amin
Salam sayang kat semua di sana.

Tuesday, July 22, 2008

Dah Nak Berangkat Dah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah semua persiapan ke KSA sudah selesai. Tinggal tunggu masa berangkat sahaja.

Buat rakan-rakan sekalian, doakan semoga kami selamat sampai di bumi KSA dan bertemu dengan suami di sana. Insyallah, jika di rumah sana ada talian internet, saya akan up-datekan perjalanan kami dari Johor Bahru - KLIA- Jeddah.

Insyallah bertemu lagi kita

Sunday, July 20, 2008

3 more days to go


Alhamdulillah, barang-barang yang hendak dibawa 90% dah siap pack. Pakaian harian, buku-buku, stock makanan dan sedikit ubat-ubatan dah dimasukkan ke dalam 3 beg. So far berat keseluruhan 3 beg ni ialah 48 kg (ikut timbang berat badan kat rumah ni). Tak tau le lagi 2-3 hari ni kot-kot bertambah lagi. Jangan lebih 50 kg dah le.. Insyallah, jika diizinkan tuhan, lagi 3 hari berangkatlah kami ke KSA bertemu dengan suami yang tercinta. Cewah....
Dalam banyak-banyak muka yang aku perhatikan, muka atok ngan nenek Alya lah yang tidak berapa ceria sangat. Almaklumlah, nak berpisah dengan cucu yang dijaga selagi merah hingga umur 4 tahun. Cian atok ngan nenek Alya....... Dahlah cucunya sorang aje. Apa nak buat dah rezeki abah Alya kat sana. Relakan je lah atok ngan nenek... Insyallah panjang umur nanti kita jumpa lagi.


Alah.... sayang cucu.... atokkkkkk

Manja yang melampau ngan nenek dia.

Jamuan Perpisahan


Hari Jumaat yang lalu, merupakan hari terakhir persekolahan Aina Alya di sekolah Taska At-Tasneem, Pelangi Indah. Tengaharinya aku hantar sedikit makanan. Buat jamuan sikit. Jamuan perpisahaan kononnya. Sebelum pulang, Alya berjabat tangan dengan semua kawan-kawan dan guru-gurunya. Aku pula yang tangkap leleh. Kesian Alya. 7 bulan je sekolah di sini. Baru dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan dan guru-guru, dah kena berhenti sekolah. Tak pe lah nanti dapat kawan-kawan dan guru-guru baru ok.


Jamuan nasi ayam dalam dulang. Berselera nampaknya Alya dan kekawannya


Member kamcing. Kawan-kawan nilah yang selalu pujuk Alya bila datang sekolah nangis

Alya menerima hadiah daripada guru besar sekolah, Cikgu Norani. Terima kasih cikgu..

Alya dapat hadiah teddy bear dari Cikgu Zee, Cikgu Sidah dan Cikgu Ila. Terima kasih cikgu...

Gambar kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan sekolah.

Sayonara....Semoga kita berjumpa lagi.

Tuesday, July 15, 2008

Kebun Durian Atok


Sepanjang lima hari atok di hospital, Allah s.w.t. telah memberi rezeki yang melimpah ruah kat atok. Durian kat kebun dia dah mula gugur. Banyak pulak tu. So, pagi hari minggu yang lalu, aku, nenek, Pak Uda, Mak Uda dan Pak Alang pergilah ke kebun atok di Parit Patah, Pontian dengan satu misi untuk mengutip durian dan dibawa balik ke Johor Bahru. Kalau dibiarkan sayang pulak, lagi pun anak cucu cicit dia ada kat Johor melawat atok. Kalau atok sihat, memang dia yang selalu ke kebun ni. Atok cukup sayang agaknya ngan kebun ni. Dijaganya cukup bersih sekali. Kat kebun ni ada dibina sebuah rumah kecil untuk atok, nenek dan kami anak cucu cicit nya datang melepak.

Sampai kat kebun kerja-kerja mengumpul durian tak susah sebab jiran yang tinggal kat sebelah kebun atok ni, dah kumpulkan durian yang dah gugur kat bawah pokok rambutan. Hehehe... senang je le kerja kami. Selain durian, ada juga pokok rambutan yang dah masak merah, lebat pula tu buahnya. Mula-mula petik buahnya yang rendang-rendang aje, tapi Pak Alang aku tak tahan tengok yang bergayut-gayut kat atas terus dia ambil parang, panjat dan potong dahan yang lebat dengan buahnya.

Dah penat-penat kumpulkan buah-buahan tu, apa lagi duduk silalah jap, makan durian. Mmmmm, yummy sedap juga durian yang atok aku tanam ni. Alhamdulillah dapat juga aku makan durian sebelum aku berangkat ke KSA. Tapi tak boleh makan banyak-banyak, takut tak sihat nanti.

Tengaharinya kami berangkat pulang ke Johor Bahru dengan membawa hasil kebun atok. Penuh satu storm dengan 2 beg plastik hitam buah rambutan, satu besen besar buah durian, setandan pisang dan beberapa biji buah sukun.

Buat hubby kat KSA, janganlah meleleh air liur bila tengok post ni. Jangan risau, Alya dah makankan untuk abah dia.

Monday, July 14, 2008

Atok oh atok


Hari Khamis lalu, dapat berita dari mak, satu-satunya atok yang aku ada masuk hospital. Ini adalah kali ketiga atok masuk hospital. Satu pemedahan kecil terhadap usus atok telah dilakukan. Selepas pemedahan itu atok kelihatan lemah sekali dan asyik nak tidur sahaja. Mungkin akibat daripada ubat bius yang diberikan. Alhamdulillah hari Ahad yang lalu, atok dah boleh bangun makan bubur. Berselera nampaknya setelah beberapa hari doktor tidak benarkan atok makan apa-apa pun. Dan pada hari Isnin petang, doktor dah benarkan atok balik ke rumah. Ceria aje muka dia. Masa kat hospital macam-macam yang diingatkan, rumah dia lah.... kebun durian dia lah...

Menjamu Kawan-kawan


Lama gak aku tak update blog ni. Bukan apa sibuk sikit dalam beberapa hari ni. Ada beberapa perkara kena buat. Salah satu daripadanya ialah misi mengumpulkan ex-collegue masa kerja kat MMI dulu. Dah lama dah buat planning nak berkumpul ramai-ramai, keluar makan-makan. Akhirnya hari Jumaat lalu, misi tu jadi realiti. Ingat nak gi makan-makan kat seafood Senibung, tapi last-last Maimon suggestkan makan kat rumah aku aje. Lagi santai. Menu hari tu yang light2 aje, aku order laksa johor dan aku masak nasi lemak sambal tumis kupang. Pencuci mulutnya Puding Berkuah. Hampir 80% ex-collegue aku yang datang. Ada yang masih pakai uniform MMI dan ada yang dah pakai uniform company lain. Aku pakai uniform gak hari tu, uniform apron maklumlah tukang masak. Member start datang rumah dalam pukul 6.00 petang, lepas kerja. Makan-makan, borak-borak sampailah pukul 9.00 malam. Sekali sekala jumpa cam ni, macam-macam cerita yang diborakkan. Lawak dulu kat MMI pun timbul gak. Hai, bila agaknya dapat berkumpul macam ni lagi ek. Insyallah, panjang umur kita makan-makan lagi ok.

Tuesday, July 8, 2008

Cantiknya Wanita



Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Monday, July 7, 2008

Pasport, Tiket dan Beg.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan izinnya urusan permohonan visa aku dan Alya ke KSA telah berjalan dengan lancar dan mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja. Hari Jumaat lalu sepupuku, Khairil, telah mengambil pasport aku dan Alya di pejabat consultant di Jalan Tun Razak. Dan semalam Pak Ngahku, Hj. Khalid yang kebetulan ke Kuala Lumpur kerana melawat cucunya di sana, telah membawa pulang pasport kami ke Johor Bahru dan telah selamat aku terima. Terima kasih banyak-banyak Khairil dan Pak Ngah kerana melancarkan lagi urusan permohonan visa/pasport kami. Ketika ini pasport dan tiket kapal terbang telah berada di dalam simpananku. Insyallah, dengan izin Allah s.w.t, pada 23/7/2008 ini, aku dan Alya akan berangkat ke KSA dengan menaiki kapal terbang MAS melalui Senai-KLIA-Jeddah.


What's next?.... packing le.... Kerja-kerja packing ni baru aku buat separuh jalan aje. So, far aku dah pack 2 buah beg yang kebanyakannya berisi baju dan buku. Sebuah lagi kotak yang berisi dengan stock makanan yang dipesan oleh suami. Macam masak je kat sana... hehehe. Apa-apa pun aku kena make sure berat luggage aku ni jangan sampai terlebih 50 kg. Kalau tak kena bayar. Rugi-rugi......

Mmmmm..... + - x , tinggal lebih kurang 14 hari je aku kat Malaysia. Perasaan ini jangan cakap le bercampur baur. Begitu teruja kerana inilah kali pertama aku keluar dari tanahair ku dan akan bertemu dengan suami tercinta yang telah meninggalkan kami lebih kurang 3 bulan. Pulak tu tempat aku nak pergi ni, tempat ibadat umat islam seluruh dunia. Tetapi kekadang tu timbul lak perasaan sayu, pilu, sedih bila mengenangkan aku akan meninggalkan mak dan abah, adik beradik yang lagi 5 orang ni, atok dan nenek yang dah uzur, mak cik dan pak cik yang dah macam kekawan, ipar duai yang terlalu baik hati dan kia rio ku yang sentiasa membawa aku ke mana sahaja. Dan lagi sedih bila suami cakap kat telepon hari tu... " Hari raya tahun ini tak balik tauuuuuu......" huhuhu. Apa-apa pun reda je lah... dah rezeki suami kat sana. "Tinggal emak, tinggal saudara, kerana kasih hamba turutkan..... " cewahhhhh bersyair lak dahhhh.

Monday, June 30, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pagi Sabtu lalu, aku telah berjanji dengan Alya untuk menghantar dia ke Skudai Parade, Skudai. Kat sana ada program Kembara Johor FM bersempena dengan Ulang Tahun RTM dengan kerjasama Skudai Parade dan Komuniti Bestari Kg Melayu Skudai. Pelbagai acara telah diaturkan dan salah satu daripadanya ialah peraduan mewarna bagi pelajar-pelajar peringkat tadika. Semangat betul Alya pagi ni. Seawal pukul 7.00 pagi lagi dia dah bangun dan mandi. Melihat Alya begitu bersemangat nak masuk peraduan mewarna, aku pun jadi semangat gak. Lebih kurang pukul 9.00 pagi dah sampai kat Skudai Parade. Pukul 10.00 pagi, acara mewarna pun bermula dan berakhir satu jam kemudian.



Sebelum acara mewarna bermula, posing jap kat atas stage.



Tepat pukul 10.00 pagi, acara mewarna pun bermula. Ramai gak yang masuk acara ni.

Asyik sekali Alya mewarna, sampai terbaring-baring

Inilah hasil nyer...mmmmm... not bad...

Dapat hadiah saguhati aje... Tak pe good try.

Meriah juga majlis hari ini. Bermacam-macam acara diadakan. Ada juga 3-4 orang DJ radio RTM yang turut serta memeriahkan majlis ni. Kalau tidak diperkenalkan, memang aku tak tahu they all ni DJ Radio. hehehe... jangan mare.

Habis je majlis tu lebih kurang pukul 1.30 tengahari, terus bawa Alya dan mak aku ke rumah Kak Ina (isteri Zuraili - tuan punya blog Villa Bayu) di Taman Rinting. Mereka jemput ke majlis makan-makan dan kenduri kesyukuran sempena penghijrahan mereka sekeluarga ke KSA pada 2/7/2008 ni. Selain dari memenuhi undangan mereka, tujuan ke sana juga untuk mengambil tiket kapal terbang dan barang yang dikirimkan suami melalui Zuraili.

Makan-makan kat rumah Kak Ina. Kelihatan di gambar, Kak Saliza dengan anak bujangnya duduk kat sebelah Alya.

Alya kekenyangan makan nasi ayam dengan puding keladi. mmmm.. yummy


Balik aje rumah nenek Alya, terus buka kotak merah yang suami kirim tu. Ada 2 helai abaya, beberapa jenis manisan dan 2 buah kapal terbang mainan. Cantik gak abaya yang suami belikan tu.. nasib baik muat bila dipakai...

Thursday, June 26, 2008

Suatu Pagi di Pasar Tiram


Pagi tadi lepas hantar Alya ke sekolah tadika lebih kurang pukul 8.30 pagi, terus aku tekan minyak bawa kereta menghala ke S.g Tiram, Ulu Tiram. Bukan nak balik kampung suami aku, tapi nak pergi Pasar Pagi. Lebih kurang 15 minit, sampailah aku kat Pasar Pagi ni. Ianya betul-betul kat simpang nak masuk kampung suami aku dan cuma dibuka pada hari Khamis pagi sahaja. Bukan kedai cuma khemah-khemah yang dipasang mengikut lorong yang disediakan. Kat Pasar Pagi ni macam-macam ada.... Kain ela, baju kurung dah siap, baju jubah, kain tudung pelbagai warna, t-shirt, barang-barang keperluan rumah, makanan, minuman dan macam-macam lagi lahhh... Kalau tak caya datang le minggu depan. Memang aku recommend shopping kat sini, harganya murah-murah. Kadang-kadang tu kalau aku pergi public holiday, kereta singapura yang penuh kat sini. Sanggup they all datang jauh-jauh ek.....
Semalam dah dapat berita dari suami aku, tiket kapal terbang dah confirm. Aku cuma ada masa lebih kurang sebulan aje untuk membuat persiapan. So, tujuan gi Pasar Pagi ni ingat nak teropong-teropong le kain-kain tudung yang sesuai untuk dibawa ke KSA. Tudung yang ada kat umah tu warnanya cerah-cerah semuanya mungkin tak sesuai dipakai kat sana kot. Baju jubah beli next week le. Budjet tak ada le hari ni.. hehehe



Inilah antara kedai tudung yang ada kat Pasar Pagi ni. Cantik-cantik semuanya.


Ini pula kedai baju yang dah siap seperti baju kurung, jubah dan blous perempuan. Harganya jauh lebih murah daripada kat Angsana. Kualiti nyer sama aje.


Sedang mata aku asyik melihat baju-baju yang bergantung-gantung tu, tiba-tiba terpandang akak ipar aku... akak kepada suami aku le... Terus aku ajak dia temankan aku ronda-ronda kat pasar pagi ni. Sampai naik lenguh kaki dia...

Kat kedai tudung ni le, kaki aku bagaikan digam. Mana tak nyer tudung cantik-cantik harganya cuma RM10.00 aje. Apa lagi borong le. Aku beli 4 helai, akak ipar aku beli 2 helai.

On the way nak gi car park, terpandang lak Mak Anjang aku (yg bawa kami bercuti ke Langkawi hari tu). Asyik betul dia pilih baju sampai aku snap gambar dia pun tak perasaan. Jauhnya dari Skudai ke Sg. Tiram shopping.

Ni le tudung yang aku beli pagi ni. 2 warna hitam, satu hijau dan satu putih.

To be continue next week... shopping le..