Monday, February 2, 2009

Import Dari Malaya

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan kami tinggal kat Yanbu ni, stock makanan buatan Msia tak pernah putus. Pantang je dengar ada kekawan nak balik Msia atau yang nak datang ke mari, ada je pesanan dari kami. Heee.... terima kasih le pada kekawan yang sudi membawakan stock makanan buat kami... terutamanya kicap, ikan bilis, belacan, cili sos ngan susu anmum buat baby kat dalam kandungan ni. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa kalian semua.
Terbaru, aku mintak tolong dari Dida (Blog Rizhad-Pencarian Kasih Abadi) tuk belikan n bawakan beberapa jenis makanan untuk kami kat sini. Pulak tu tekak ni tetiba lak teringin nak makan kerepek pedas dari Malaya... agaknya ni kes mengidam kot. Terlanjur masa call Dida, dia kat Langkawi then lepas tu nak gi Melaka so aku kirim le kuah rojak ngan belacan Melaka sekali.... En. Leman lak order rempah ratus since sekarang ni dia yang selalu2 memasak.... tahlah sekarang ni apa yang aku masak, aku rasa cam tak sedap je.... agaknya pembawa baby kot. Terima kasih bebanyaklah kat Dida n suami kerana sudi membawa barang pesanan kami tu. Buat Dida, Selamat Datang ke Yanbu & Welcome to my club.

Antara makanan yang kami pesan. Susu Anmum, kuah rojak, kerepek pedas, kopi, rempah ratus dan belacan Melaka.


Susu Anmum buat aku dan baby kat dalam kandungan ni. Semoga baby aku kuat dan sihat masa kuar nanti.

Ni pun kes ngidam gak kot. Nak pakai tudung yg tengah popular kat Msia sekarang ni. Tudung Ekin-Mawi. Heee.... sebenarnya tudung ni aku punyer, tapi utk gambar ni, aku gunalah model yang cute miut sikit

Saturday, January 24, 2009

Rindu...

Dah nak dekat sebulan lebih dah tak menatap kaabah, akhirnya terubat gak rindu ni minggu lalu. Kami bertolak dari Yanbu pada petang Rabu, berkonvoi ngan keluarga Hj. Fadzil. Sampai Mekah lebih kurang pukul 11.00 malam. Lepas check in hotel, terus buat umrah.... Alhamdulillah panjang umur, dapat kami sekeluarga buat umrah lagi. Malam Khamis lalu, orang tak berapa ramai, so dapatlah kami sekeluarga mengucup Hajarul Aswad selepas selesai umrah.... syukur termakbul satu lagi doaku.



Kali ni dok kat Mekah 2 malam, lama le sikit. Dapatlah solat banyak2 kat Masjidil Haram. Tapi kali ni nak makan lak ada problem sikit, D'Saji tutup. Kenalah makan KFC ngan makanan arab yang lain. Sabar je le....
Hari Jumaat lak lepas solat Jumaat, kami berkonvoi ke Jeddah, dengan satu tujuan nak makan kat Restorant Thailand... Mmmmmmm.... aku memang beri 5 star le kat restorant ni.... sedap. Tomyam ngan ikan siakap 3 rasa dia cam sama je ngan kat Senibung. Terubat le sikit rindu ni... hehehe.... lain kali kita gi makan sana lagi ye En. Leman...


Alya ngan Untie Nani dan anak daranya

Tomyam dan siakap 3 rasa yang hampir licin.

Monday, January 19, 2009

Rawatan Tubuh

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Monday, January 12, 2009

TV Malaysia

Setelah dok sini lebih kurang 7 bulan n hari2 tengok citer Arab, akhirnya dapat gak hilangkan rindu nak tengok citer2 dari Malaysia. Pulak tu, En. Leman n Hj. Fadzil register siaran TV dari Msia ni masa aku tak berapa sihat hari tu, so apa lagi melepak depan TV je le. Tapi yang dapatnya hanya TV1 n TV2 je.... siaran Msia yang lain tak dapat. Jadi leeee... dari tak de langsung. Hehe.... masa kat Msia jarang2 tengok TV1 n TV2 ni, tup... tup... kat sini jadi siaran favourite lak. Masa tak de siaran ni ada gak tengok citer2 Msia melalui internet tapi leceh le sikit nak kena download2 dulu....


So, pada kekawan kat Yanbu ni yang miss ngan citer2 dari Msia, apa lagi gi le register cepat2....

Sunday, January 4, 2009

Apa Citer....

Lama dah tak update blog ni... Bukan apa si penulisnyer tak berapa sihat. Balik dari mengerjakan haji ari tu, terus kena selsema ngan batuk. 2 minggu batuk sampai kena sakit urat saraf kat belakang ngan kat bawah perut... lepas tu apa lagi demam le... Pergi klinik sekali n pergi sepital sampai dua kali mintak ubat yg power. Alhamdulillah baby kat dalam kandungan ni sihat walafiat. Ni pun masih ada saki baki batuk ngan sakit2 saraf.... Masa sakit2 cam ni le teringatkan mak kat JB ngan mak cik tukang urat kat Sg. Tiram. Kalau dapat urut langkahkah bestnyer.... kat sini tak de le...
Terima kasih bebanyak le buat hubby yang cuti sampai 4 hari, jaga aku masa sakit dan buat kerja rumah... Kebetulan lak isteri n anak dara Hj. Fadzil jiran sebelah dah sampai masa aku tak sihat tu. Kak Nani lah yang susah2 masak n hantar makanan wat kami sekeluarga.... bebanyaklah terima kasih... Terima kasih juga buat kekawan yang sudi datang melawat ngan buah tangan masing2... terasa masa berjauhan ngan keluarga ni lah... sokongan kekawan sangat2 penting....
Insyallah, ni dah beransur pulih, kalau ada kesempatan n citer nanti aku selalu-selalu lah update blog ni buat tatapan keluarga, kekawan semua.....

Saturday, December 13, 2008

Tetamu Allah


Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sekeluarga telah selamat mengerjakan rukun islam yang ke 5 pada minggu lalu. Memang tidakku duga akan menjadi tetamuNya secepat ini dan inilah yang dikatakan qada dan qadar Tuhan. Dialah sebaik-baik perancang buat hambaNya. Pada mulanya aku tidak berapa yakin untuk ke sana, lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang berbadan dua ini..... tapi kugagahi jua kerana itu bukan alasannya. Peluang keemasaan ini harus kurebut dengan segera dan alhamdulillah kami sekeluarga bersama rakan-rakan yang lain telah diberi kemudahan dan layanan VIP dari Allah s.w.t. Subhanallah, maha suci Allah.

Rakan-rakan yang banyak membantu.

Di kesempatan ini jua, jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tersayang di atas pemberian "Hadiah" yang teramat istimewa ini, juga sokongan dan pertolongan sebelum dan semasa ibadah haji kami. Terima kasih tidak terhingga jua buat rakan-rakan serombongan yang telah banyak menghulurkan pertolongan dan tunjuk ajar sepanjang kami sekeluarga di sana. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa dan budi baik anda. Moga-moga kita akan dianugerahkan dengan Haji yang Mabrur. Insyallah.

Buat keluarga dan teman-teman yang tidak dapat turut serta, terima kasih di atas doa dan sokongan semua. Insyallah suatu hari nanti, anda jua akan menerima jemputan sebagai tetamuNya. Amin.


Saturday, November 29, 2008

Seminggu Telah Berlalu.

Pejam celik, pejam celik, seminggu dah berlalu. Rasa cam cepat gitu. Aktiviti minggu lepas pulak, biasa-biasa aje. Hanya di Pekan Yanbu ni je, tak gi jauh-jauh.
Selain menghabiskan masa di rumah, kami selalu gak lepak2 kat pantai Yanbu. Kalau tak kami sefamily, kami joint ngan kekawan kat sini. Ada yang dirancang dan ada gak tak dirancang... Pulak tu hubby baru je belikan basikal untuk Alya. Kesian lak tengok dia dok kayuh basikal dalam rumah, lalu hubby ajak ke pantai kayuh basikal puas-puas. Kat pantai sekarang ni aku tengok banyak khemah-khemah telah didirikan... untuk apa ek? kalau nak guna, free ke atau kena bayar? Mungkin musim sejuk nanti, pak2 arab sefamily suka dok kat khemah ni kot. Kalau kat Danga Bay ada khemah cam ni... apa lagi tempat muda mudi berendek le....


Khemah-khemah yang dibina sepanjang pantai Yanbu.

Alya bersama basikal barunya.

Selain dari pantai, minggu lepas ada gak kami lepak2 kat Hyperpanda (shopping complex yang terbesar di Yanbu, tapi tak le sebesar Jusco Tebrau). Shopping2 n makan2. Kat sini ada Mc D n ais krim baskin robbins. Bolehlah.... ini kes dapur tak berasap le ari tu.... ibu cuti masak.



Hari cuti masak... gi Hyperpanda makan Mc D n aiskrim.

Hari Selasa lepas gak, aku gi buat 4th check up kat Al Ansari Specialist Hospital. Selain scan baby kat dalam perut, doktor gak check deyutan jantung baby, dap dup dap dup kedengaran bunyinya. Rupa-rupanya baby aku dah nak masuk 15 minggu dah... Alhamdulillah baby berada dalam keadaan sihat walafiat. Beginilah hendaknya sampai lahir nanti. Insyallah. Tanya gak doktor dah nampak lum jantinanya, "to early, cannot see", kata doktor. Aku tengok doktor n nurse kat sini friendly2 belaka, lepas check up masih sempat borak2 lagi.... so kat kekawan yang ada kat sini bolehlah mencuba tanpa was2.


Baby dah masuk 15 minggu

Hari Rabu tengahari, kami menghantar Hj. Fadzil ke Jedah airport. Beliau terpaksa pulang ke Malaysia setelah mendapat berita ayah beliau telah di masukkan ke wad ICU di Kuantan. Harap-harap semasa posts ni ditulis, ayah Hj Fadzil telah beransur pulih hendaknya. Insyallah. Trip ke Jeddah ari tu tak gi mana2. Lepas hantar Hj. Fadzil, terus balik Yanbu setelah menikmati makan malam termahal kami di airport..

Dan minggu lepas berkesudahan dengan kursus terakhir bagi bakal2 haji n hajah yang diadakan lepas solat asar semalam. Berbagai tunjuk ajar dan panduan berguna telah dikongsi bersama oleh ustaz yang didatangkan khas dari Madinah tu.... Selain dari kursus haji, ada agak jamuan minum petang n makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur dan juga tukang2 buat kuih yang expert seperti Mah ngan puding kiwinya, Imah ngan kek coklatnya dan Kak Ina ngan marble keknya... sedap2 belaka. Tq kekawan. Aku.... bawak kertas kosong n perut kosong je...hehehehe.

Friday, November 21, 2008

Hari Bersantai


Hujung minggu ni, aktiviti kami sekeluarga hanyalah bersantai di pantai-pantai berdekataan Yanbu ni je.... Oleh kerana pagi Khamisnyer, semua bangun awal termasuklah Alya so kami plan breakfast kat pantai Balad. Selepas pack nasi goreng n roti canai kami bertolak ke sana lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Dapat tempat yang strategi kat gigi pantai, bentang carpet n kami breakfast kat situ. Alya lak mula-mula main air, lepas tu terus berendam. Tu kira mandi pagi le tu. Lepas selesai breakfast n mandi-manda, kami ronda2 jap kat bandar Balad shopping2 sikit.


Mula-mula main air je....

Lepas tu terus berendam....

Alya kesejukan....


Petang Jumaat lak, kami ke taman RC. Taman ni pun ada laut gak. Konon-kononnya nak wat senaman berjalan kaki. Saja je nak melonggarkan otot2 kaki yang dah keras kejung ni. Jalan setengah jam je dah pancit dah... Lepas tu joint hubby makan lontong kering kat tepi taman.....hehehe. Tak sampai satu jam kat taman tu, dah kena balik sebab dah nak dekat maghrib. Rasa cam tak puas, malamnyer lepas isyak, pujuk hubby ke pantai RC lagi, picnic makan kacang n minum teh tarik. Jadik le....janji kuar rumah...... hehehe ni kes boring dok umah le ni. Anyway thanks En. Leman sebab melayan permintaan dua beranak ni.

Picnic malam ala-ala orang Arab.

Picnic teh tarik n kacang je.

En. Leman tak dapat pancing ikan, suluh ikan pun jadi le...

Sunday, November 16, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Bila sebut hujung minggu, kat sini hujung minggu kami ialah hari Khamis dan Jumaat bukannya hari Sabtu dan Ahad cam kat JB. Dan oleh kerana hubby tak de OT, maka hujung minggu kami yang lalu terisilah juga ngan beberapa aktiviti yang berfaedah.....
Hari Khamisnya pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama Hj. Fadzil dan Kak Saliza sekeluarga bertolak ke Madinah. Seperti biasa sampai di Madinah singgah di Masjid Quba jap untuk sembahyang sunat. Lepas tu ke Masjid Nabawi untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Kali ni Masjid Nabawi sudah sesak dipenuhi ngan jemaah haji dari seluruh dunia. Sembahyang pun kat luar je... tak pe le kasi chance kat jemaah haji yg first time datang untuk sembahyang kat dalam masjid. Lepas asar kami bertolak keluar dari Masjid Nabawi, singgah jap kat kedai runcit Indonesia. Beli barang dapur sikit. Setelah itu perjalanan diteruskan lagi ke Al Noor Mall. Jalan2 cuci mata. Anak-anak riang gembira dapat bermain beberapa game kat dalam mall tu.. ala-ala cam kat danga bay gitu... Lepas pekena KFC kat car park Al-Noor mall kami pun pulang le ke Yanbu...


Antara kedai2 yg terdapat kat dalam Al-Noor mall. Tutup jap solat isyak.


Riang ria kanak-kanak ini dapat main bumper car...

Dah penat main, minum mocca ais....
Hari Jumaat pagi hingga ke tengahari dok kat umah lepak2 je... hilang kan penat semalam punyer... Selepas solat asar, ikut hubby gi kursus haji untuk bakal-bakal haji kat...... mmmmm....kat mana ye tempatnyer.... tapi kat area2 Yanbu lak gak. Kursus haji ni disampaikan oleh ustaz Indonesia yang didatangkan khas dari Madinah. Tempatnyer tak le seglamour cam kursus kat Tabung Haji.... sempoi je... tapi banyak gak penerangan cara2 untuk mengerjakan haji yang diperolehi.... Bolehlah dibuat sebagai rujukan dan panduan. Insyallah.. Kursus pada hari itu akan disambung lagi pada 28/11/2008.
Kursus Haji.

Saturday, November 8, 2008

Madinah Sejuk.



Dengan izin Allah, semalam kami sekeluarga ke Madinah lagi. Kali ni ngan sebahagian daripada keluarga Kak Saliza dan Hj. Fadzil. Cuaca kali ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas. Madinah kini telah mengalami perubahan cuaca dari panas ke sejuk. Kami tidak tahu sebenarnya perubahan ini, sehinggalah kami sampai di Masjid Quba pada pukul 9.30 pagi, turun dari kereta terasa hembusan angin yang begitu sejuk sekali. Suhu sejuk sekitar 20 deg. celcius. Ala2 cam kat Genting Highland gitu. Sian Alya kesejukan.. Nasib baik kat luar Masjid Quba ada jual sarung tangan dan topi ala2 winter sonata. Hubby belikan sepasang untuk Alya.


Alya dan Akmal kesejukan

Shopping ringan2 kat Masjid Quba

Selepas itu perjalanan kami diteruskan lagi ke Masjid Nabawi. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Terjumpa dengan ramai jemaah haji dari Malaysia. Sempat berbual2 ngan they all. Ada tu muda-muda belaka dah datang buat Haji. Mudah-mudahan urusan haji mereka dipermudahkan lebih-lebih lagi dengan cuaca yang nyaman begini. Insyallah. Ingat nak jumpa gak dengan Mak Ani (mak mertua sepupu) tapi handphone dia tak dapat lak... Lepas sembahyang Jumaat, kami diizinkan Allah untuk memasuki raudah. Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. Lepas makan tengah hari di kedai Indonesia, perjalanan diteruskan lagi ke bukit uhud, bukit magnet, tempat ternakan unta, pasar lelongan barangan terpakai dan Jarir bookstore. Sebenarnya lawatan ini kami panjangkan dengan ada nyer Hj. Fadzil yang lebih terror dari GPS. Kalau En. Leman saya yang bawakan... sesat je makan 2 jam..hehehe. Kami pulang semula ke Yanbu lepas solat Maghrib di Masjid Qiblatain.


Bukit Uhud dan awan yang memutih.... sejuk.

Dari puncak Bukit Uhud.

Kat ladang ternak unta.

Tiga jejaka Yanbu menanti dengan sabar susu unta mereka....

Susu unta baru diperah.


Sekitar bukit magnet dengan cuaca yang sejuk.

Bukti kebesaran Allah. Kereta En. Ahadin ditarik selaju 60km oleh bukit magnet.

Saturday, November 1, 2008

Kita Hanya Merancang....

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.... Rancangan kami untuk bermalam di Jeddah dan menghadiri open house Konsulate Malaysia hari Rabu lalu terpaksa dicancel pada saat-saat akhir. Sebabnya hubby kena OT hari Khamisnyer ... huhuhu... tak pe le... masyuk tu... Mudah-mudahan elaun suri rumah pun bertambah ujung bulan ni sebab asyik OT je En. Leman saya ni. hehehe... gurau je.
Tapi rancangan kami untuk ke Makkah buat umrah, kami teruskan juga pada hari Jumaatnya, walaupun balik hari.. Mungkin dah terasa rindu gitu ngan lambaian kaabah. Ialah dah nak dekat sebulan dah tak ke sana. Seawal pukul 6.30 pagi, kami bertolak dari Yanbu ke Makkah. Sampai pukul 10.30 pagi, terus buat umrah. Ngam-ngam kami habis saie, sembahyang Jumaat pun bermula. Kami sembahyang Jumaat di dataran Saie je. Lepas tu, isi perut kami yang dah lapar ni, kat mana lagi, kat D'Saji Felda le... Buat date lagi ngan Brother Zakuan dan Iskandar yang kami jumpa kat Madinah last week. Kat D'saji kami pekena nasi brayani n ABC... lepas rindu gitu kat ABC Msia.. Lepas solat Asar n tawaf wida, kami pun pulanglah ke Yanbu...
Bila citer kat Zakuan, kami buat umrah balik hari je, jealous giler dia... Ye le duit package umrah they all tu... dapat buat umrah banyak kali kalau dok kat sini... Gi lah suruh court mammort buka kat sini... Orang arab suka beli perabut tau... ajak along saya sekali.. Tapi kat sini tak leh charge interest... Pak Arab kata... harammmmmmmmmm..

On the way to Makkah

Kat depan Masjidil Haram

ABC D'Saji. Ada bendera Msia lagi....

En. Leman cukur rambut. "No. 2 please..."